Perkhidmatan Pengangkutan Percuma lancar mobilasi PPV

Kerajaan kini dalam usaha mempergiatkan mobilasi vaksinasi masyarakat awam bagi meningkatkan kadar pemberian dos vaksin. Parlimen Ampang telah menggerakkan inisiatif mobilasi berkaitan melalui Perkhidmatan Pengangkutan Percuma untuk masyarakat setempat ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Kampung Ampang Indah. Inisiatif Perkhidmatan Pengangkutan Percuma ini telah dimulakan pada awal Jun lalu. Ia adalah suatu langkah baik yang membantu gerakan Vaksinasi Kebangsaan untuk memperluaskan kadar vaksinasi di kalangan rakyat. Secara khusus, usaha yang dilaksanakan ini dapat fokus sasaran dalam Parlimen Ampang. Gerakan Imunisasi COVID-19 kebangsaan sedang rancak di seluruh negara kini telah dilaksanakan secara… Read More

Sedekad di Ampang: Zuraida mendepani isu masyarakat setempat

Sebelum Zuraida Kamaruddin menjadi wakil rakyat di Ampang, kawasan parlimen ini sekadar menjadi lokasi ‘happening’ ekonomi dan bukanlah ‘hot-spot’ politik nasional. Melainkan peristiwa perletakan jawatan Dr Lim Ann Koon pada penghujung tahun 1988 sebagai MP Ampang Jaya. PRK Ampang Jaya berlaku pada awal Januari 1989 menjadi tumpuan hangat politik waktu itu, Ampang Jaya menjadi medan pertembungan Umno Baru dan Semangat 46 sebagai penentuan ‘pasaran politik’ kedua-dua parti ini. Calon MCA-BN, Ong Tee Kiat memenangi PRK tersebut dengan majoriti 4,247 undi walaupun Dr Lim Ann Koon memenangi majoriti 30,000 undi pada PRU tahun… Read More

Sedekad di Ampang: Cara Zuraida bikin institusi masyarakat aktif

10 Mei 2021, AMPANG: Genap 10 tahun YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin memikul amanah tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Ampang. Ia bukan sesuatu yang mudah untuk melaksanakan peranan-peranan sebagai wakil rakyat melibatkan urusan politik, ekonomi dan sosiologi kawasan Ampang dalam prestasi kerja jitu. Namun itulah yang telah berjaya dibuktikan oleh Zuraida. Inilah kelebihan beliau, bermula daripada gerakan akar umbi dan kekal keupayaan tahap tertinggi menjalankan tugas walaupun wakil rakyat wanita. Gerakan yang sangat aktif, membuat Zuraida Kamaruddin adalah pesaing politik kental. “Saya mahu berikan kredit kepada kerajaan pembangkang dahulu yang berjaya memperkenalkan sistem… Read More

Yakeb dan Perbadanan Prima Malaysia raikan bekas atlit kebangsaan

1 Mei 2021, AMPANG: Kerjasama antara Perbadanan Prima Malaysia bersama Yayasan Kebajikan Atlit Kebangsaan (Yakeb), meraikan 34 bekas atlit dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Bekas Atlet Kebangsaan Dan NGO di Hotel De Palma, Ampang. Sumbangan tersebut adalah suatu inisiatif menghargai jasa dan keringat individu-individu yang telah mengharumkan nama negara suatu ketika dahulu kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin, turut hadir ke majlis ini. “Sebagai seorang bekas atlit, saya sangat terkesan mendengar keadaan terkini bekas-bekas atlit ini setelah mereka bermati-matian memberi yang terbaik buat negara ketika zaman kegemilangan… Read More