Sumbangan mesin dodol bantu tingkat ekonomi komuniti

7 Mac, AMPANG: Usaha membantu ekonomi dan mempertingkatkan kemahiran komuniti, Pejabat Parlimen Ampang hari ini telah menyumbangkan mesin pembuat dodol kepada KRT Blok C Pangsapuri Seri Nilam. Wakil dari Pejabat Parlimen Ampang telah menyerahkan mesin berkenaan kepada wakil KRT Blok C Pangsapuri Seri Nilam. Sumbangan ini menjadi pemangkin buat komuniti setempat menjana pendapatan dan menjadi sumber ekonomi bagi memperkasakan keusahawanan masyarakat seiring Dasar Komuniti Negara.

Ampang pencetus proses intergrasi buat Bersatu Selangor

19 Disember, AMPANG: Hari ini Ampang menggerakkan proses integrasi yang baik dan akan berpadu menjalin kerjasama erat bersama Bersatu Bahagian dan akan menjadi Parlimen yang terkuat di Selangor. Sebanyak 8000 borang keahlian Bersatu dari seluruh Negeri Selangor akan diserahkan terus kepada Ketua Perhubungan Bersatu Negeri Selangor, YB Datuk Rashid Asari. Borang keahlian ini terdiri dari anggota NGO Penggerak Komuniti Negara bersama sayap-sayapnya iaitu Nation Of Women, Pemuda Negara dan Wanita Muda dari seluruh negeri Selangor. Gerak kerja NGO yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional ini akan terus digerakkan menyantuni golongan sasar terutamanya lokasi… Read More

Penyertaan Bukan Melayu, Perkukuh Bersatu Ampang

5 Disember, AMPANG: Momentum penyertaan secara beramai-ramai ke dalam Bersatu semasa ini membuktikan parti itu telah mendapat keyakinan masyarakat pelbagai kaum. Hari ini penyerahan borang keahlian Bersatu oleh Dato Sri Barani Karunakaran kepada YB Zuraida Kamarudin selaku MPT Bersatu Nasional dan disaksikan oleh Ketua Bahagian Bersatu Ampang Tuan Isa Saidi serta pimpinan Bersatu Ampang. Ini merupakan muafakat Ampang demi memperkukuhkan kerjasama rentas kaum yang telah diamalkan warga Ampang. Penyertaan ini telah membuktikan Bersatu kian utuh di Ampang dan fokus utama Bersatu Ampang adalah untuk memperkukuh Perikatan Nasional demi terus berbakti kepada Rakyat… Read More

Teori Kamal Hatta: selain Zuraida Kamaruddin, siapa pengganti layak untuk Ampang?

Rajin, agresif dan terus bekerja. Itulah watak Zuraida Kamaruddin yang aku kenal. Sudah 12 tahun beliau menjadi MP Ampang. Terus terang cakaplah, dia memang pandai jaga akar umbi. Bukan setakat di Ampang tapi satu Malaysia bai! PKR pecat dan buang Zuraida, dia tetap boleh membina kekuatan akar umbi sampai Anwar Ibrahim dan macai-macai DAP fitnah tuduh Zuraida guna peruntukan kerajaan untuk salur dana NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN). Anwar hakikatnya takut dengan keupayaan Zuraida mengumpulkan sokongan dan kekuatan. Benda ini yang Anwar dah tak boleh buat. Kelompok yang bintat dengan Zuraida di… Read More