Komuniti | Jualan Amal Bantu Tingkat Ekonomi Usahawan

Rahmat di sebalik bencana Covid-19 telah mengilhamkan usaha buat YBM Hajah Zuraida Kamaruddin mewujudkan program jualan amal barangan keperluan melalui Pejabat Parlimen Ampang. Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ketat bagi kawalan wabak telah memberi kesan besar kepada gaya hidup masyarakat dan ekonomi. Situasi tersebut tidak membantutkan ikhtiar gerak khidmat sosial di Ampang. Sejak PKP lalu sudah berlangsung lebih daripada lima siri program ini yang mendapat maklumbalas positif masyarakat setempat. Baru-baru ini, telah berlangsung program Jualan Amal Brangan Keperluan Asas di Pangsapuri Dato’ Ahmad Razali. Sebanyak 1000KG ikan dan 1000KG sayuran dijual… Read More

Komuniti |Meneruskan Bakti Tanpa Mempeduli Kecaman

19 Julai 2020, Walaupun kecaman-kecaman sinis politik ditujukan, YB Hajah Zuraida Kamaruddin tetap melaksanakan tanggungjawab dan tugasan beliau untuk masyarakat di Parlimen Ampang. Akan tetapi masyarakat awam di Ampang tahu dan kenal kegigihan YB Hajah Zuraida dalam hal-hal kebajikan sosial yang dijalankan. Kecaman-kecaman sinis politik begitu tidaklah menjejaskan gerak kerja Pejabat Parlimen Ampang menjayakan program-program kemasyarakatan. Hari ini beliau hadir memeriahkan Program Jualan Amal Barangan Asas Komuniti yang bertempat di Kg Tasik Tambahan, Ampang. Program peduli rakyat ini telah dianjurkan oleh Penggerak Komuniti Negara Ampang, Persatuan Nadi Usahawan Selangor (PENUSAS), Penggerak Wanita… Read More

Bakti Sosial | Masyarakat Hargai Jualan Amal

Sudah masuk siri keempat Program Jualan Amal Keperluan Asas dijalankan oleh YBM Hajah Zuraida Kamaruddin di Parlimen Ampang. Ia menggembirakan orang ramai khusus dalam mendapatkan ikan-ikan segar dalam program tersebut dengan harga berpatutan. Mungkin ini program yang tidak popular untuk rating isu semasa tetapi bakti sosial yang digerakkan oleh pejabat Parlimen Ampang ini mendapat reaksi positif masyarakat setempat. Hakikatnya, orang awam lebih suka dan senang hati dengan jualan amal sebegini. Manfaat lebih kepada rakyat dan secara langsung pemimpin seperti YBM Hajah Zuraida Kamaruddin lebih dihargai atas keperihatinan terhadap masyarakat. _PPI