Bekas Setiausaha MCA Rompin sertai Gerakan, perkukuh Perikatan Nasional Rompin

9 April 2021, Kuala Rompin: Bekas Setiausaha MCA Rompin, Chu Jui Tun hari ini telah mengumumkan penyertaan beliau secara rasmi ke Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan). Pengumuman Chu Jui Tun semasa Majlis Ramah Mesra Perikatan Nasional Rompin yang berlangsung di Kuala Rompin. Chu juga akan mengetuai Gerakan Rompin. Penyertaan beliau secara politik memperkukuhkan kerjasama dan kedudukan Perikatan Nasional Rompin bersama Bersatu Rompin dan PAS Kawasan Rompin. Pengumuman Chu tersebut turut disaksikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato’ Saifuddin Abdullah yang juga Pengerusi Perikatan Nasional Pahang merangkap Ketua Badan Perhubungan Negeri Bersatu Pahang…. Read More

Perikatan Nasional Nasional Pahang dilancar, Saifuddin Abdullah pengerusi.

KUANTAN: Perikatan Nasional (PN) Negeri Pahang dilancarkan hari ini dengan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang Datuk Saifuddin Abdullah, dipilih sebagai pengerusi. Saifuddin yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, mesyuarat penubuhan yang berlangsung dalam suasana penuh mesra malam tadi, juga bersetuju melantik tiga naib pengerusi masing-masing daripada Bersatu, Pas dan Gerakan. “Mereka ialah Pesuruhjaya Pas Pahang Rosli Jabar, Pengerusi Gerakan Pahang Ranndy Yap Kim Heng dan Timbalan Ketua Bersatu Pahang Lt Kol (PA) Mohd Yazid Mohd Yunus,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Erat Kasih Bersama Penduduk… Read More

300 ahli PKR keluar parti, sertai Gerakan

IPOH – Seramai 300 individu mendakwa bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ipoh Barat menyertai Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) pada Rabu. Seorang bekas ahli PKR Cabang Ipoh Barat, Alfaizal Shahul Hamid, 44, yang mewakili kumpulan itu berkata, keputusan yang dibuat bersama rakan-rakan lain menyertai Gerakan itu disebabkan mereka hilang kepercayaan kepada PKR. Menurutnya, selepas empat tahun sebagai ahli PKR, dia memilih untuk keluar parti sejak setahun yang lalu kerana parti itu dilihat hanya memperjuangkan kepentingan diri sendiri berbanding rakyat. “Pada pandangan saya, Gerakan lebih menumpukan usaha terhadap ekonomi serta kesejahteraan… Read More

Pengerusi Gerakan Selangor dilantik Naib Pengerusi Perikatan Nasional Selangor

22 Februari, SHAH ALAM: Pengerusi Parti GERAKAN Selangor, Datuk Ang Chin Tat telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Perikatan Nasional Selangor. Pengumuman rasmi tersebut telah dibuat melalui kenyataan media Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional Selangor, YB Dato’Seri Mohamed Azmin Ali hari ini. GERAKAN telah diterima menyertai Perikatan Nasional pada 11 Februari lalu. Perikatan Nasional turut anggotai oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Islam SeMalaysia (PAS), Star Sabah dan Parti Progresif Sabah (SAPP). Naib Pengerusi Perikatan Nasional Selangor turut disandang oleh YB Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi (Pas) dan YB Dato’ Abdul Rashid… Read More