PAS mahu UMNO, Bersatu bergabung dalam PRU-15

KUALA LUMPUR, 19 Jan  — PAS mahukan supaya UMNO yang menerajui Muafakat Nasional, dan Bersatu yang mengetuai Perikatan Nasional ‘bergabung’ semasa menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau berkata ini disebabkan ketika ini tiada satu parti yang kuat dan stabil boleh memerintah dengan sendiri tanpa gabungan parti lain bagi membentuk kerajaan persekutuan selepas PRU15. “Kita (PAS) berharap dua (parti) ini (UMNO dan Bersatu) bergabung. Tiada parti yang boleh menang sendiri dalam PRU15,”katanya ketika menjadi tetamu dalam talian rancangan Bicara Negarawan anjuran Majlis Porfesor Negara dengan tajuk Masa… Read More

PN Johor adakan mesyuarat pertama dengan fokus kebajikan rakyat

JOHOR BAHRU, 15 Jan — Perikatan Nasional (PN) Johor hari ini mengadakan mesyuarat pertama dengan memfokuskan perbincangan kepada hal berkaitan kebajikan rakyat Johor. Setiausaha Badan Perhubungan PN Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata mesyuarat secara maya itu dipengerusikan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan PN Johor Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata mesyuarat itu turut disertai Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin yang dilantik sebagai Naib Pengerusi PN Johor. Dr Sahruddin berkata Muhyiddin pada mesyuarat terbabit menegaskan kepada semua pimpinan PN Johor supaya terus fokus dalam membantu rakyat. Selain itu, Senator Nasir… Read More

Dinamik politik Malaysia kembali diuji

Anjakan politik Malaysia selepas PRU-14 yang berlangsung pada 9 Mei 2018 lepas adalah sangat dinamik berbanding pada 8 Mac 2008. Setelah 22 bulan berkuasa, Pakatan Harapan tumbang pada 26 Febuari 2020, tahun ‘wawasan’ yang menjadi garisan baru medan siasah negara. Pemikiran biasa dan tak memahami seni politik akan mentakrifkan situasi politik Malaysia sebagai kucar-kacir. Namun buat ‘penganut-penganut’ seni politik, ia adalah suatu keadaan dinamik yang menganjak bentuk politik negara dalam seni permainan lebih progresif dan pantas. Secara kebetulan, bekas kepala-kepala Team Wawasan (Mahathir, Anwar, Najib, Muhyiddin, Zahid) masih terlibat dalam permainan politik… Read More

Rencana |PAS menjadi pendokong kuat Perikatan Nasional

Sesuatu hakikat politik yang perlu diakui oleh kebanyakan orang celik politik bahawa Pas, Umno dan DAP adalah parti yang mempunyai survival politik jangka panjang. Pas yang diasaskan pada 24 November 1951 boleh dikategorikan sebagai antara parti utama Orang Melayu di Malaysia selepas Umno. Parti ini telah melalui pelbagai situasi turun naik sepanjang sejarah politik tanahair. Pas bertunjang kuat di dua negeri Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Sejak PRU pertama tahun 1959 hingga penggal ke-14 (kecuali 1978-1990) Pas mempunyai kekuatan politik di Kelantan. Sejak tahun 1990, Umno-BN gagal menawan negeri ini dan… Read More