Komuniti |Bengkel Kemahiran Perkukuh Ekonomi Wanita

Pasir Puteh, Kelantan Wanita menjadi teras penting dalam masyarakat luar bandar khusus bab pengurusan rumahtangga. Namun begitu mereka juga adalah penyumbang utama bagi membantu ekonomi keluarga. NGO PKN Negeri Kelantan bersama PKN Pasir Puteh telah memulakan inisiatif bagi pemerkasaan ekonomi wanita dengan penganjuran bengkel kemahiran. Baru-baru ini PKN Pasir Puteh telah mengadakan kelas kek yang disertai 60 orang peserta. Kelas ini mengajar dan memberi tips kemahiran pembuatan kek. Selain memperkenalkan kemahiran, kelas kek ini berupaya melibatkan penglibatan wanita luar bandar secara serius dalam bidang perniagaan kek. _PPI

Ternakan Keli Jana Ekonomi Belia

Proses pemulihan ekonomi negara kesan wabak Covid-19 telah mengilhamkan usaha buat komuniti pemuda Bukit Merbau Selinsing, Pasir Puteh di Kelantan mengusahakan projek ternakan ikan keli. Kolam ternakan ikan keli ini merupakan sebahagian daripada Program Penjana Ekonomi Pemuda yang merupakan gagasan Penggerak Komuniti Negara Parlimen Pasir Puteh. Usaha ini seiring dengan kluster keempat Dasar Komuniti Negara bagi memperkemaskan keupayaan ekonomi masyarakat agar berdaya saing. _PPI