Kerajaan Selangor silap, PBT sebenarnya ada kuasa tutup kilang

MARAN, 15 JULAI : Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini mempunyai kuasa untuk menutup kilang yang didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin berkata, kuasa itu telah diturunkan Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri (PBT) sejak 29 Jun lalu. Beliau sekali gus menafikan dakwaan Exco Kerajaan Negeri Selangor bahawa PBT tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk mengarahkan penutupan kilang walaupun ia membawa risiko penularan wabak Covid-19. “Kalau kita mengambil contoh di Selangor dan mereka kata tidak ada kuasa untuk tutup… Read More

PKP: antara nasib dan rezeki penjaja kecil PBT dengan peniaga Pasar Borong Selangor

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) kali ini hanya membenarkan sektor ekonomi perlu (essential) berlangsung. Ini termasuk sektor jualan makanan dan penghantaran. Malah peniaga-peniaga kecil dan penjaja yang mempunyai lesen PBT dibenarkan beroperasi sepanjang PKP ini. Kebenaran itu telah dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 1 Jun lalu. Kebenaran tersebut telah memberi kelegaan buat kelompok peniaga dan penjaja yang mempunyai lesen tahunan dan lesen sementara PBT untuk mencari rezeki ketika PKP. Peniaga dan penjaja yang bijak akan bergandingan dengan syarikat-syarikat khidmat penghantaran seperti Food Panda, Grab Food atau Lalamove… Read More

Penjaja kecil PBT dibenarkan beroperasi sepanjang PKP 3.0

Pengumuman kerajaan bagi pelaksanaan PKP 3.0 selama 14 hari bermula 1-14 Jun 2021 pada awalnya telah mencetuskan kegelisahan sebahagian besar rakyat khususnya kumpulan penjaja kecil. Timbul persepsi negatif yang kemudiannya menggusarkan kumpulan penjaja kecil bakal melalui situasi kehilangan pendapatan sekiranya tiada kebenaran menjaja sepanjang tempoh ketat 14 hari PKP 3.0 itu. Hanya beberapa sektor yang dibenarkan beroperasi dengan kelulusan melalui CIMS, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Kumpulan penjaja kecil yang mempunyai permit kekal atau sementara PBT sebenarnya termasuk dalam sektor ekonomi perlu. Majoriti penjaja kecil menjalankan perniagaan jualan makanan dan minuman…. Read More

Kekang penularan dan elak wujud kluster baru dari bazar Ramadan, Zuraida Kamaruddin.

26 April 2021, AMPANG: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin bersama dengan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah turun padang melawat dan menjalankan tinjauan ke beberapa tapak Bazar Ramadan di sekitar Ampang. Tinjauan ini bertujuan bagi melihat pelaksanaan dan pematuhan SOP khusus di lokasi-lokasi bazar Ramadan. Menurut Zuraida, ia adalah penting mengekang penularan COVID-19 di kalangan masyarakat seterusnya dapat mengelakkan kewujudan kluster baharu jangkitan COVID-19 berpunca daripada Bazar Ramadan. “Sudah masuk hari ke-14 Ramadan, saya melihat peniaga-peniaga di sini telah membiasakan diri dengan… Read More