PRN Sabah: Anifah Aman hadapi empat penjuru di Bongawan

KOTA KINABALU, 12 Sept — Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Seri Anifah Aman berdepan pertandingan empat penjuru bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Bekas menteri luar itu dicabar penyandang kerusi DUN Bongawan Dr Daud Yusof dari Parti Warisan Sabah (Warisan) selain Ag Syairin dari Barisan Nasional (BN) dan Mohd Azree Abd Ghani dari Parti Liberal Demokratik (LDP). #PRNSabahBernama#SabahMengundi#SabahMemilih#SabahElection2020#SabahMongundi https://www.bernama.com/bm/politik/news.php?id=1879034

PRN Sabah: Shafie Afdal dicabar tiga calon lain di Dun Senallang.

#PRNSABAH : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri Senallang pada Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini berdepan empat lawan, termasuk anak buahnya sendiri. Ini berbeza sama sekali dengan situasi semasa Pilihan Raya Umum ke-14 yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu bagi merebut kerusi DUN berkenaan antara Mohd Shafie dengan sepupunya Datuk Seri Nasir Tun Sakaran, calon Barisan Nasional. Calon bertanding dari Perikatan Nasional (PN) Norazman Utoh Nain, yang juga anak buahnya, serta D Pg Ahmad Datu Ali Alam (Parti Perpaduan Rakyat Sabah)  Mohammad Ramzan Abdul Wahab (USNO) dan Madjalis Lais… Read More

Rencana |PRN Sabah penentu kelangsungan politik Shafie Afdal

Selepas anjakan luarbiasa politik tanahair yang berlaku dalam PRU-14 9 Mei 2018, Sabah menjadi negeri yang berada dalam ‘darjah kehangatan’ politik sesudah PH ditumbangkan pada 29 Febuari lalu. Kesan perubahan drastik politik nasional pada 29 Febuari 2020, beberapa kerajaan negeri yang diperintah oleh PH turut tumbang dan bertukar tampuk kuasa oleh Perikatan Nasional di Perak, Johor, Melaka, Perak dan Kedah. PH masih bertahan di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. Tekanan luarbiasa turut dilalui oleh pemerintah kerajaan negeri Sabah, Parti Warisan Sabah bersama sekutunya UPKO dan PH yang secara hakikatnya telah dirampas… Read More

Politik |Perjuangan PCS dengan Warisan bagai langit dan bumi

KOTA KINABALU: Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Anifah Aman berkata, parti itu sedia bekerjasama dengan parti tempatan lain yang mempunyai misi dan visi yang sama dengan parti diterajuinya. Bagaimanapun katanya, PCS yang baru dijenamakan semula beberapa minggu lalu itu akan bergerak bersendirian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang. “Kita boleh bekerjasama (dengan parti tempatan lain) jika ada misi dan visi yang sama kerana matlamat kita adalah untuk berjuang untuk orang Sabah. ”Ya kalau Warisan mempunyai misi dan visi yang sama, kenapa tidak (bekerjasama), tetapi bagi saya, PCS dan Warisan ini… Read More