Penjenayah serang polis dengan parang maut ditembak

PETALING JAYA: Seorang individu dalam buruan mati ditembak, selepas menyerang anggota polis dengan parang di kawasan kebun Air Terjun, Bayan Lepas, Pulau Pinang awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Kamarul Rizal Jenal berkata, dua anggota polis cuba menahan suspek yang juga orang dikehendaki di tempat kejadian pada 3.30 pagi tadi. Sebaik menyedari kehadiran anggota polis, katanya, suspek bertindak agresif dengan menggunakan sebilah parang untuk menyerang mereka, menyebabkan seorang daripada anggota polis itu cedera di tangan. Beliau berkata, seorang lagi anggota polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah suspek untuk… Read More

MCO SOP violations: PDRM fine 32 for playing badminton in Skudai

JOHOR BARU, June 17 — Thirty-two individuals were slapped with compounds for flouting the standard operating procedures of the movement control order (MCO) after they were found gathering and playing badminton at a sports centre in Skudai, two days ago. Johor Baru Utara district police chief ACP Rupiah Abd Wahid, in a statement today, said they consist of the owner of the sports centre and badminton players aged between 18 and 44. She said the police raided the premises at Batu 6, Jalan Skudai at about 5.30pm following information from the public…. Read More

Bilik fail terbakar tiada unsur sabotaj-Ketua Polis Pahang

KUANTAN – Kebakaran melibatkan bilik fail di tingkat tiga bangunan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) pada petang Ahad tiada kaitan unsur sabotaj sebaliknya dipercayai akibat litar pintas. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, bagaimanapun pihaknya menubuhkan pasukan dalaman melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah dan Pembangunan Logistik untuk menyiasat lebih terperinci terhadap kejadian itu. “Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang andaian berhubung kejadian bagi mengelak timbulnya persepsi negatif. “Berdasarkan laporan awal pihak bomba, kebakaran mungkin berpunca akibat litar pintas. Pihak kami sedang menunggu hasil siasatan lanjut berhubung punca sebenar kejadian,” katanya… Read More

Cuba keluar dari kawasan PKPD, dua individu dikompaun RM10,000

By Malinda Abdul Malik – 7 June 2021 BALIK PULAU: Tindakan dua individu cuba menyelinap keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bayan Lepas di sini membawa padah selepas masing-masing dikompaun RM5,000. Kedua-duanya terdiri daripada seorang lelaki berusia 53 tahun dan wanita berusia 23 tahun itu dikenakan kompaun ketika sepasukan polis menjalankan rondaan pematuhan PKPD di kawasan berkenaan semalam. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, kompauan pertama dikeluarkan terhadap lelaki yang didapati sedang melangkah keluar dari pagar halangan sempadan PKPD di tepi jalan Bayan Lepas pukul 7.30 pagi…. Read More