Pandu uji kereta: Sanusi serah kepada polis untuk siasat

6 Jun 2021, ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan bahawa beliau memandu uji kenderaan di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, Pulau Pinang, semalam. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut isu itu. “Tiada komen lanjut setakat ini, tunggu siasatan polis selesai,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama berhubung perkara itu hari ini. Semalam, netizen kecoh susulan penularan beberapa gambar dan video memaparkan individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kenderaan, sedangkan negara kini berada di bawah sekatan pergerakan penuh dan… Read More

Bangunan IPK Pahang terbakar, tiada kemalangan jiwa

6 JUN 2021, KUANTAN: Satu insiden kebakaran berlaku di aras tiga bangunan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang di sini, pada Ahad. Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, berkata kejadian jam 4.15 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa. “Kejadian itu disedari anggota yang bertugas dan segera menghubungi bomba,” katanya di sini, pada Ahad. Sementara itu, jurucakap bomba berkata, empat jentera dihantar ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan dan kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 6.05 petang. _ASTRO AWANI

Iswardy Morni, suspek hina Agong ditahan polis

PENGERUSI Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni ditahan polis sebentar tadi bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya di laman Youtube yang disiarkan secara langsung dan didakwa berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, l-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Difahamkan, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Dev Kumar telah mengesahkan Iswardy ditahan dirumahnya di Kajang kira-kira jam 11 malam ini. “Kes ini disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman dan permohonan reman akan dilakukan esok, “ katanya sambil menambah, kes ini disiasat bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Sekyen 504 Kanun… Read More