Haniza sifatkan tindakan PKR lucut keahliannya “seperti balas dendam”

Haniza Mohamed Talha, yang dilucut keahliannya daripada PKR pada mesyuarat parti itu semalam, menyifatkan tindakan itu “seperti balas dendam”. Haniza yang sebelum ini merupakan Ketua Wanita PKR berkata PKR kini dilihat membalas dendam dengan memecat dan “memburu” ahli parti yang rapat dengan bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. “PKR semakin tersasar daripada perjuangan yang menegakkan keadilan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Selangor itu kepada Bernama hari ini ketika dihubungi melalui WhatsApp bagi mengulas perkara itu. Haniza juga berkata, beliau masih belum menerima apa-apa surat atau notis rasmi daripada parti… Read More

PKR Pecat Tiga Adun

PKR telah memecat empat pemimpin yang dikaitkan dengan bekas timbalan presiden Azmin Ali. Mereka ialah ketua Wanita PKR Haniza Talha merangkap Adun Lembah Jaya, ketua wanita Pulau Pinang Nur Zarina Zakaria, dua Adun Pulau Pinang Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh). Keputusan dibuat oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang bermesyuarat semalam (28 Jun 2020). _PPI