Peranan PeKT jalankan khidmat untuk masyarakat

Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) mempunyai peranan utama bagi memperkasakan komuniti seiring dengan Dasar Komuniti Negara. Penglibatan mereka dalam khidmat masyarakat antara usaha memperkasakan komuniti selain mengeratkan komunikasi antara masyarakat. PeKT Majlis Daerah Kuala Selangor, Puan Shoba Selvarajoo dan PeKT Majlis Bandaraya Shah Alam, Puan Yamunadavy menggerakkan inisiatif makanan percuma kepada ibu mengandung setiap minggu. Puan Shoba setiap minggu memberi sumbangan makanan percuma di Klinik Kuala Selangor, Kampung Asam Jawa, Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Manakala Puan Yamunadavy menjalankan khidmat sama di Klinik Desa Padang Jawa, Shah Alam. Semoga khidmat komuniti yang dijalankan kedua-dua… Read More

Komuniti |Tabika Perpaduan Kg Kuantan Terima Sumbangan RM5,000

Tabika Perpaduan Kampung Kuantan langkah kanan apabila menerima sumbangan RM5,000 oleh Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin. Cek sumbangan telah disampaikan oleh Puan Shoba Selvarajoo, Penyelaras Penggerak Komuniti Negara Parlimen Kuala Selangor. Sumbangan tersebut untuk kerja membaikpulih tabika. Menurut Puan Shoba Selvarajoo ini adalah sumbangan kali pertama yang diterima oleh Tabika Perpaduan Kampung Kuantan sejak dibuka pada tahun 2003. _PPI

Gangguan Bekalan Air: PeKT Bukit Antarabangsa pasang paip air bukit

19 Oktober, Bukit Antarabangsa: Penggerak Komuniti Negara Bukit Antarabangsa telah menggerakkan inisiatif gotong royong memasang paip daripada punca air bersih di kaki bukit hari ini. Usaha sementara ini adalah untuk membantu penduduk-penduduk kawasan sekitar mendapatkan air bersih sementara menanti bekalan air dipulihkan. Tindakan pantas Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Bukit Antarabangsa menjadi alternatif buat penduduk-penduduk yang terkesan dengan gangguan air tidak berjadual di sekitar Bukit Antarabangsa.

Komuniti |Penggerak Hulu Langat edar cili segar

18 Oktober, Hulu Langat: Kisah menarik dari Hulu Langat apabila NGO Penggerak Hulu Langat mengedarkan cili segar kepada penghuni Flat Taman Wawasan Batu 14 hari ini. Kebiasaan program begini, edaran berupa pakej makanan atau barangan keperluan dapur. Program tersebut bermula jam 2:30 petang turut disertai oleh Wanita Muda dan Pemuda Negara Parlimen Hulu Langat.