Jangan mudah kelirukan rakyat Selangor, tegas Setiausaha Penggerak Selangor.

Sekali lagi kekeliruan mengenai peranan PeKT atau Penggerak Komuniti Tempatan yang diwujudkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dianggap sebagai ‘overlap’ peranan ahli majlis PBT oleh kenyataan Exco Selangor YB Ng Sze Han hari ini. Walaupun telah dijelaskan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin dalam setiap rangkaian media, kenyataan Exco Selangor tersebut mempunyai tujuan politik dan bukan fokus kepada isu urustadbir yang hendak diperkatakan. PeKT tidak terikat dengan undang-undang kecil PBT khusus peranan ahli-ahli majlis PBT kerana PeKT adalah rakan strategik komuniti yang menjadi agen komunikasi memberdayakan masyarakat… Read More

Usul Pembangkang Potong Peruntukan PeKT Ditolak Dewan Rakyat

Sesi membahas usul pemotongan bajet bagi Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) hangat apabila beberapa MP pembangkang dari PKR mengganggu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin menjawab soalan lisan berkaitan. MP Lembah Pantai, Tanjung Malim Bayan Baru dan Padang Serai, dilihat mengganggu Hajah Zuraida ketika membahas jawapan yang dikemukakan. Namun Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tetap tenang dan bertegas untuk meneruskan membahaskan jawapan tanpa memberi laluan kepada pembangkang. Ketika gangguan berlaku, Hajah Zuraida sempat membalas pantun sinis kepada MP Tanjung Malim, “Ada belanga ada petai, ada telinga tak nak pakai!”. Beliau… Read More

200 Ahli Bukan Bumiputera Penggerak Port Dickson Sertai Bersatu

8 Disember, PORT DICKSON: Gelombang kemasukan Bukan Bumiputera menyertai Bersatu terus mengombak di Negeri Sembilan. Malam tadi bertempat di Restoran Sea View, Port Dickson Pengerusi Penggerak Port Dickson, Rosman Jonet telah menyerahkan 200 borang keahlian ahli-ahli Bukan Bumiputera Penggerak Port Dickson menyertai Bersatu kepada Pengerusi Penggerak Negeri Sembilan, Nazree Yunus untuk diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Bersatu Negeri Sembilan, YB Dato’ Eddin Syazlee Shith pada satu majlis yang akan dimaklumkan kemudian. Penyampaian borang-borang tersebut dibuat semasa Majlis Suai Mesra sempena Jelajah Penggerak Negeri Sembilan ke Port Dickson malam tadi. Turut menyaksikan serahan… Read More

Penggerak NS jalin kerjasama strategik dengan Bomba Malaysia

8 Disember, PUTRAJAYA: Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Negeri Sembilan, Rosman Jonet hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Putrajaya. Rosman yang juga Timbalan Pengerusi Penggerak Negeri Sembilan telah bertemu dengan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Yang Amat Setia Dato’ Seri Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid tengahari tadi. Kedua-dua mereka telah membincangkan beberapa perkara strategik khususnya program-program yang boleh dijalankan bersama antara Bomba Malaysia dengan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) di Negeri Sembilan. Semasa pertemuan itu juga, Dato’Seri Mohammad Hamdan turut menerangkan… Read More