200 Ahli Bukan Bumiputera Penggerak Port Dickson Sertai Bersatu

8 Disember, PORT DICKSON: Gelombang kemasukan Bukan Bumiputera menyertai Bersatu terus mengombak di Negeri Sembilan. Malam tadi bertempat di Restoran Sea View, Port Dickson Pengerusi Penggerak Port Dickson, Rosman Jonet telah menyerahkan 200 borang keahlian ahli-ahli Bukan Bumiputera Penggerak Port Dickson menyertai Bersatu kepada Pengerusi Penggerak Negeri Sembilan, Nazree Yunus untuk diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Bersatu Negeri Sembilan, YB Dato’ Eddin Syazlee Shith pada satu majlis yang akan dimaklumkan kemudian. Penyampaian borang-borang tersebut dibuat semasa Majlis Suai Mesra sempena Jelajah Penggerak Negeri Sembilan ke Port Dickson malam tadi. Turut menyaksikan serahan… Read More

Penggerak NS jalin kerjasama strategik dengan Bomba Malaysia

8 Disember, PUTRAJAYA: Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Negeri Sembilan, Rosman Jonet hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Putrajaya. Rosman yang juga Timbalan Pengerusi Penggerak Negeri Sembilan telah bertemu dengan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Yang Amat Setia Dato’ Seri Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid tengahari tadi. Kedua-dua mereka telah membincangkan beberapa perkara strategik khususnya program-program yang boleh dijalankan bersama antara Bomba Malaysia dengan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) di Negeri Sembilan. Semasa pertemuan itu juga, Dato’Seri Mohammad Hamdan turut menerangkan… Read More

‘Food Bank’ Dun Bukit Melawati salur sumbangan

Masih wujud kekeliruan yang sengaja dimainkan oleh pihak pembangkang peranan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT), yang dituduh sebagai ‘instrumen politik’ individu. PeKT Kuala Selangor terus menerus menjalankan program-program khidmat komuniti di kawasan setempat. Baru-baru ini, ahli PeKT Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Shoba Selvarajoo bersama pasukan Pejabat PeKT Kuala Selangor telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan barangan dapur dan keperluan asas kepada beberapa warga emas di Bukit Melawati. Bantuan melalui ‘Food Bank’ Dun Bukit Melawati yang diwujudkan ini adalah langkah positif menggerakkan matlamat utama Dasar Komuniti Negara memperkasakan komuniti iaitu melahirkan komuniti yang berdaya… Read More

PeKT Kuala Selangor Teruskan Khidmat Komuniti

Bukit Melawati, Kuala Selangor: Walaupun wujud kecaman politik yang mempertikaikan kewujudan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) , peranan entiti ini berterusan dalam meneruskan pemerkasaan komuniti seiring dengan Dasar Komuniti Negara. PeKT Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Shoba Selvarajoo terus melaksanakan tanggungjawab masyarakat tanpa menghiraukan kecaman-kecaman politik pembangkang yang mahu mewujudkan kekeliruan orang ramai. Sumbangan barangan keperluan dapur disampaikan kepada penduduk-penduduk Bukit Melawati dijalankan pada 20 November lepas di Pejabat Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Bukit Melawati. _PPI