Gangguan Bekalan Air: PeKT Bukit Antarabangsa pasang paip air bukit

19 Oktober, Bukit Antarabangsa: Penggerak Komuniti Negara Bukit Antarabangsa telah menggerakkan inisiatif gotong royong memasang paip daripada punca air bersih di kaki bukit hari ini. Usaha sementara ini adalah untuk membantu penduduk-penduduk kawasan sekitar mendapatkan air bersih sementara menanti bekalan air dipulihkan. Tindakan pantas Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Bukit Antarabangsa menjadi alternatif buat penduduk-penduduk yang terkesan dengan gangguan air tidak berjadual di sekitar Bukit Antarabangsa.

Komuniti |Penggerak Hulu Langat edar cili segar

18 Oktober, Hulu Langat: Kisah menarik dari Hulu Langat apabila NGO Penggerak Hulu Langat mengedarkan cili segar kepada penghuni Flat Taman Wawasan Batu 14 hari ini. Kebiasaan program begini, edaran berupa pakej makanan atau barangan keperluan dapur. Program tersebut bermula jam 2:30 petang turut disertai oleh Wanita Muda dan Pemuda Negara Parlimen Hulu Langat.

Menteri KPKT sumbang RM5,000 kepada kuil Hindu 113 tahun

Perihatin atas keperluan masyarakat bagi keselesaan untuk menjalankan upacara ibadat, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan telah menyumbangkan RM5,000 kepada Kuil Sri Muneswaraar Amman Aalayam di Kuala Selangor. Penyelaras Penggerak Komuniti Negara Parlimen Kuala Selangor Puan Shoba Selvarajoo telah mewakili YB Hajah Zuraida Kamaruddin menyampaikan cek sumbangan kepada pihak pengurusan kuil. Kuil Hindu tersebut telah berusia 113 tahun dan antara yang tertua di Kuala Selangor.

Komuniti |PeKT Kuala Selangor gotong royong bersihkan perkuburan

Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Kuala Selangor telah menjalankan program Gotong Royong Tanah Perkuburan Hindu Jalan Kelab Kampung Kuantan, Kuala Selangor pada 11 Oktober lepas. Program ini adalah inisiatif yang diketuai oleh Puan Shoba Selvarajoo, salah seorang PeKT Kuala Selangor. Kerja-kerja gotong royong tersebut turut disertai oleh ahli-ahli PeKT dari kawasan parlimen lain iaitu Puan Yamunadavey (PeKT Shah Alam), Encik Hariprashanth (PeKT Tanjung Karang), Encik Idham Hassan, Ketua-ketua Kuil Kampung Kuantan, Ketua Persatuan Perkuburan Hindu Kampung Kuantan.