Menteri KPKT sumbang RM5,000 kepada kuil Hindu 113 tahun

Perihatin atas keperluan masyarakat bagi keselesaan untuk menjalankan upacara ibadat, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan telah menyumbangkan RM5,000 kepada Kuil Sri Muneswaraar Amman Aalayam di Kuala Selangor. Penyelaras Penggerak Komuniti Negara Parlimen Kuala Selangor Puan Shoba Selvarajoo telah mewakili YB Hajah Zuraida Kamaruddin menyampaikan cek sumbangan kepada pihak pengurusan kuil. Kuil Hindu tersebut telah berusia 113 tahun dan antara yang tertua di Kuala Selangor.

Komuniti |PeKT Kuala Selangor gotong royong bersihkan perkuburan

Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Kuala Selangor telah menjalankan program Gotong Royong Tanah Perkuburan Hindu Jalan Kelab Kampung Kuantan, Kuala Selangor pada 11 Oktober lepas. Program ini adalah inisiatif yang diketuai oleh Puan Shoba Selvarajoo, salah seorang PeKT Kuala Selangor. Kerja-kerja gotong royong tersebut turut disertai oleh ahli-ahli PeKT dari kawasan parlimen lain iaitu Puan Yamunadavey (PeKT Shah Alam), Encik Hariprashanth (PeKT Tanjung Karang), Encik Idham Hassan, Ketua-ketua Kuil Kampung Kuantan, Ketua Persatuan Perkuburan Hindu Kampung Kuantan.

Komuniti |PeKT Jelebu bergerak aktif

Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) di Jelebu antara PeKT yang telah bergerak aktif seluruh negara. Selepas mendapat watikah pelantikan pada bulan lepas daripada Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin, Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Parlimen Jelebu, Tang Jayson telah memgadakan mesyuarat penyelarasan dengan ahli-ahli PeKT Jelebu pada 5 Oktober lepas. Hari yang sama juga, beliau turut mengadakan pertemuan dengan semua ketua JPKPP Kampung Baru Cina di Parlimen Jelebu bagi tujuan penyelarasan gerak kerja dan peranan JPKPP yang dilantik oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Tang Jayson juga merupakan tonggak pimpinan masyarakat… Read More

PeKT Memberdaya Komuniti

Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) adalah suatu inisiatif yang diwujudkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertujuan memperkasakan komuniti melalui pelaksanaan matlamat-matlamat Dasar Komuniti Negara. Sebenarnya PeKT ini merupakan langkah kedua selepas Sekreteriat Muafakat Komuniti di perumahan PPR yang diwujudkan bagi tujuan memberdaya dan memperkasakan komuniti. Apabila diteliti peranan utama PeKT, ia melibatkan lima tugasan penting yang dipertanggungjawab iaitu Bomba Komuniti (pasukan bomba sukarela), ‘Urban Farming’ (kebun komuniti), demonstrasi bomba kepada suri rumah (langkah-langkah keselamatan dan pencegahan kebakaran), Trash to cash (urus bahan buangan & sampah sebagai pendapatan tambahan) dan penglibatan urustadbir… Read More