Gimnasium dibenarkan beroperasi, kecuali negeri Fasa Satu

KUALA LUMPUR: Semua pusat gimnasium, kecuali di negeri yang masih berada dalam Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN), ini dibenarkan kembali beroperasi, namun terhad untuk penggunaan individu yang telah melengkapkan vaksinasi Covid-19. Perkara itu dinyatakan dalam kemas kini prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dimuat naik di telegram rasmi mereka. Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu dalam perkongsian di laman Twitter beliau mengingatkan semua pihak supaya mengikuti SOP yang ditetapkan. “Gimnasium kini dibuka untuk operasi. Sila ikuti SOP dan terutamanya garis panduan pengudaraan. Nikmati kehidupan sihat!” katanya… Read More

Peralihan Fasa 2 di Lembah Klang beri impak besar sektor pelancongan

Shah Alam: Peralihan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Lembah Klang akan memberi impak besar kepada sektor pelancongan. Presiden Persatuan Pengembaraan Dan Agensi Pelancongan Selangor (Saftta), Dr Fathir Badri berkata, pihaknya menyambut baik keputusan kerajaan memberi kebenaran kepada kawasan Lembah Klang untuk beralih ke Fasa 2 PPN. Katanya, ia pastinya memberikan impak yang besar kepada sektor pelancongan terutamanya pemilik hotel dan inap desa yang dapat kembali beroperasi. “Peralihan ini juga dapat merancakkan kembali sektor pelancongan yang ketika ini sangat lesu. “Kami percaya, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Sri Nancy Shukri… Read More

Pemulih inisiatif menyeluruh, saling melengkapi

Kuala Lumpur: Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam, adalah inisiatif menyeluruh dan saling melengkapi antara satu sama lain. Prof Madya Ts Dr Anuar Shah Bali Mahomed dari Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, ia mencakupi semua kelompok rakyat daripada miskin tegar kepada T20. Beliau berkata, kerajaan melihat kepada kesukaran rakyat pada ketika ini yang ramai terjejas pendapatan dan kehilangan pekerjaan. “Jadi dalam mengurangkan beban rakyat, maka antara langkah diambil memperkenalkan penangguhan pembayaran pinjaman, menangani isu kenaikan harga minyak masak… Read More

Bantuan Khas Covid-19: Isi rumah M40 dapat RM250, bujang RM100

PETALING JAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan bantuan wang tunai berjumlah RM10 bilion sehingga hujung tahun ini yang bakal dinikmati pelbagai lapisan termasuk isi rumah dan golongan bujang daripada kategori M40. Beliau berkata, ia merangkumi tiga bantuan, iaitu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Khas Covid-19 (BKC) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan. “Semasa pengumuman Pemerkasa Tambahan yang lepas, kerajaan bersetuju memberi bayaran tambahan bagi BPR sehingga RM500 pada Julai dan bayarannya akan dibuat secara berperingkat mulai esok, 29 Jun. “BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara RM100 hingga RM1,400 akan dibayar pada… Read More