Harga runcit petrol, diesel LPG kekal

Kuala Lumpur: Kerajaan akan terus mengekalkan harga runcit bagi petrol RON95, diesel dan LPG yang dijangka membabitkan subsidi melebihi RM6 bilion tahun ini. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selain itu untuk menangani isu kenaikan harga minyak masak botol satu hingga lima kilogram (kg), kerajaan akan melaksanakan program harga kawalan berasaskan nilai ambang minyak sawit mentah. “Melalui program ini, sebagai contoh, harga minyak masak botol lima kg dapat dikawal supaya tidak melebihi RM30 sebotol,” katanya dalam pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) hari ini. Muhyiddin berkata, dalam memastikan… Read More

Diskaun bil elektrik antara 5 hingga 40 peratus

Kuala Lumpur: Bagi meringankan beban perbelanjaan bulanan rakyat, kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bil elektrik antara lima hingga 40 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, diskaun sebanyak 40 peratus akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt jam sebulan dan 15 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt jam sebulan. “Secara keseluruhan, rakyat akan mendapat diskaun berjumlah RM346 juta dan ia akan berkuat kuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil bulan depan,” katanya dalam pengumuman khas Pakej Perlindungan… Read More

Pelan Pemulihan Negara: Lebih 5.5 juta sudah divaksin

PUTRAJAYA: Satu daripada tiga indikator yang ditetapkan dalam Pelan Pemulihan Negara untuk beralih daripada fasa satu ke fasa kedua diyakini dapat dicapai dalam masa terdekat. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, ketika mengumumkan perkembangan itu berkata liputan vaksin setakat kelmarin menyaksikan 5,510,720 dos suntikan pelalian sudah diberikan, merangkumi 3,957,687 penerima dos pertama dan 1,553,033 penerima dos kedua. Selaras prestasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) itu, katanya, 11.97 peratus populasi di Malaysia menerima dos pertama vaksin, manakala 3.37 peratus sudah lengkap dengan dua dos suntikan pelalian. “Mengikut unjuran Pembendungan Risiko, Pendedahan dan… Read More

Intipati Perutusan Khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pelan Pemulihan Negara | 15 Jun 2021

📌 Negara kehilangan RM1 bilion ringgit sehari sepanjang PKP dilaksanakan pada masa ini – PM 📌 PM Muhyiddin umum Strategi Pelan Pemulihan Negara merangkumi empat fasa, libatkan pelan peralihan fasa PKP secara berperingkat 📌 Kerajaan akan pertimbang peralihan fasa pertama kepada fasa kedua PKP sekiranya purata kes harian COVID-19 di bawah 4,000 – PM Muhyiddin 📌 Aktiviti sosial, rentas negeri masih tidak dibenarkan semasa fasa 2 PKP – PM Muhyiddin 📌 Kerajaaan akan mempertimbangkan aktiviti ekonomi dibuka secara berperingkat dalam Fasa Kedua peralihan PKP dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80 peratus di… Read More