Tanjung Tuan lokasi pelancongan dikongsi Melaka-Negeri Sembilan

Tanjung Tuan terkenal sebagai lokasi strategik rumah api yang menjadi panduan kapal-kapal berlayar di Selat Melaka. Namun begitu tanjung yang terletak di Lagun Biru, Port Dickson ini mempunyai tarikan alam semulajadi yang menjadi tumpuan pelancongan. Walaupun terletak di dalam Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan tetapi Tanjung Tuan adalah di bawah pentadbiran Majlis Daerah Alor Gajah Melaka. Rumah Api Cape Rachado adalah rumah api bersejarah yang dibina pada tahun 1528 oleh Portugis selepas menjajah Melaka. Kemudian ia berpindah milik kepada Belanda, British dan Malaya sehingga sekarang. Terdapat satu lagi lokasi tumpuan di sini… Read More