Annuar Musa beri indikasi Pemilihan UMNO pada September

KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa hari ini memberi indikasi bahawa mesyuarat perwakilan bahagian dan pemilihan UMNO untuk semua jawatan akan dilaksanakan pada September depan. Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu berkata mesyuarat itu perlu diadakan bagi menepati peruntukan dalam perlembagaan parti. “InsyaAllah bulan September, mesyuarat perwakilan bahagian dan pemilihan semua jawatan dalam parti akan diadakan menepati peruntukan dalam Perlembagaan UMNO. “Melainkan ada ‘nawaitu’ dan jajaran pemikiran lain,” katanya menerusi satu perkongsian di Facebooknya pada Jumaat. Ahli Parlimen Ketereh itu turut memaklumkan bahawa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham… Read More

Pemilihan Umno sebelum pilihan raya boleh cetus keretakan parti, kata Najib

KUALA LUMPUR, 31 Mac ― Pemilihan Umno sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) boleh membawa keretakan dan memecah-belahkan parti selain membolehkan calon yang kalah ‘dicuri’ oleh parti lain, kata Ketua Bahagian Umno Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak. Bekas presiden parti itu berkata banyak pihak sedang menunggu untuk melemahkan Umno dengan cara sedemikian. “… dia (parti lain) akan tunggu pemilihan dalam Umno, jadi serpihan daripada mereka yang kalah itu akan dipelawa atau dipujuk atau ditawar untuk masuk parti mereka,” katanya kepada pemberita selepas ucaptama bagi majlis penutup Forum Demokrasi Malaysia: Merangka Masa… Read More