Keperihatinan berterusan bantu masyarakat

Kesibukan dengan tugasan di peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak membataskan tanggungjawab Hajah Zuraida Kamaruddin melaksanakan khidmat masyarakat di Parlimen Ampang. Atas dasar keperihatinan, Pejabat Parlimen Ampang telah menjalankan program Ampang Prihatin dari YB Hajah Zuraida Kamaruddin, kepada penerima terdiri dari : • Sumbangan Bantuan Khas Pelajar (8 Penerima)•Sumbangan Bantuan Khas Asnaf (9 Penerima)• Sumbangan Rawatan (5 Penerima)• Sumbangan Pembelian Peralatan Pesakit (7 Penerima) Program ini berlangsung di Pejabat Khidmat Parlimen Ampang pada 21 Oktober 2020. Sumbangan ini cukup bermakna buat penerima-penerima terlibat, keperihatinan Hajah Zuraida memberi suatu kelegaan dan kelapangan… Read More

Projek Komuniti Hub, suatu inisiatif prihatin masyarakat

Projek Komuniti Hab merupakan satu “Ruang Sosial Generasi Baharu” bagi memperkasakan komuniti yang sejahtera dalam mencapai Agenda Mampan 2030 selaras dengan Dasar Komuniti Negara. Kewujudan projek ini dapat membantu kerajaan danswasta berkolabarasi dalam menangani isu-isu komunitisetempat melalui program kemasyarakatan dan memantau perkembangannya dari semasa ke semasa. Projek Komuniti Hub memberi tumpuan khusus tiga kumpulan masyarakat iaitu miskin bandar, asnaf dan komuniti B40. Projek Komuniti Hub ini berperanan menangani kehidupan kian mencabar golongan tersebut dengan kaedah memberdaya komuniti dengan pelbagai aktiviti, mengenal pasti aktiviti ekonomi yang bersesuaian, pengenalan kemahiran berfokus dan membantu menyampaikan… Read More

Terus bekerja selepas kuarantin 14 hari

12 Oktober, PUTRAJAYA: Selepas mendapat pengesahan rasmi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) negatif Covid-19, YB Hajah Zuraida Kamaruddin hari ini kembali bertugas ke pejabat beliau di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjalankan tugasan penting. Beliau memulakan tugas rasmi pagi ini dengan sesi rakaman ucapan perasmian Cities 4.0 Conference And Exhibition 2020. Selepas itu beliau mempengerusikan Mesyuarat Persediaan Belanjawan kementerian di Bilik Berlian, KPKT yang turut disertai Timbalan Menteri KPKT Datuk Seri Ismail Muttalib secara atas talian.