Kebersamaan semua pihak jayakan agenda pendidikan masa depan

LANJUTAN sesi persekolahan 2021 hingga Mac tahun depan seperti diumumkan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menimbulkan pelbagai reaksi. Kita sedia maklum murid dan pelajar mengharungi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) kesan penularan COVID-19. PdPR dalam norma baharu menunjukkan anjakan paradigma dalam dunia pendidikan masa kini. Sudah tentu langkah Kementerian Pendidikan (KPM) memastikan kelangsungan pendidikan kepada murid di sekolah dengan lanjutan tempoh persekolahan itu difahami masyarakat. Namun, sejauh mana kerelevanan keputusan itu diambil menjadi persoalan dalam masyarakat khususnya guru di sekolah. Lazimnya, sesi persekolahan tamat pada pertengahan November dan cuti… Read More

Kerajaan mansuh sepenuhnya UPSR, batalkan PT3 2021

oleh Kamariah Khalidi – 28 April 2021 KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2021 dibatalkan sementara Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan sepenuhnya. Menteri Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Jidin berkata, keputusan membatalkan PT3 adalah sama seperti yang diputuskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun lalu. Menurutnya, bagi pelajar yang ingin memohon kemasukan ke sekolah berasrama penuh perlu menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). “Pada tahun 2020 PT3 dibatalkan, jadi untuk tujuan kemasukan murid ke asrama bagi tahun 2021 mereka telah menduduki PKSK. Jadi ini keadaannya pada… Read More

Menteri KKMM lancar E-Tuisyen Parlimen Indera Mahkota

13 Mac, KUANTAN: Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah pagi ini telah melancarkan program E-Tuisyen Parlimen Indera Mahkota. Majlis pelancaran berlangsung di Dewan Atabara, Indera Mahkota, Kuantan. E-Tuisyen merupakan suatu inisiatif kelas pembelajaran tuisyen secara maya seiring dengan norma baru melalui usahasama Pejabat Parlimen Indera Mahkota dan MSD Innovation Sdn Bhd. Saifuddin berinteraksi dengan pelajar-pelajar E-Tuisyen secara maya langsung dari pentas pelancaran hari ini. Beliau turut menyampaikan watikah kepada guru-guru E-Tuisyen. Turut hadir ke majlis pelancaran ini adalah Pengerusi MSD Innovation Sdn Bhd, Tan Sri Dr Halim Shafie. _PPI