PPV bergerak guna 25 bas khas diperluas di seluruh Semenanjung

ALOR GAJAH, 17 JULAI : Unit Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak menggunakan 25 bas khas akan diperluaskan ke seluruh Semenanjung secara berperingkat menerusi program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK). Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique, berkata Unit PPV Bergerak dilancarkan di Kluang, Johor pada 10 Julai lalu sebelum diperluaskan di Melaka pada hari ini. Inisiatif Unit PPV Bergerak itu sebahagian pendekatan yang dilaksanakan di bawah program MOVAK yang merangkumi tiga lagi inisiatif iaitu Unit Panggilan, Unit Mobilisasi dan Unit Tindakan Komuniti bagi membantu kelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dalam usaha meningkatkan… Read More

Lebih 150,000 Bakul Prihatin berjaya diedar di Ampang

AMPANG, 17 JULAI : Lebih 150,000 unit Bakul Ampang Prihatin telah berjaya diedarkan kepada penduduk yang terbeban akibat pandemik Covid-19. Ahli Parlimen Ampang, Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin berkata, setiap unit bakul berkenaan terdiri daripada barangan keperluan asas seperti beras, bihun, tepung gandum, gula, rempah ratus dan banyak lagi. “Insya Allah, saya melalui kapasiti yang ada akan cuba membantu seramai mungkin penduduk yang memerlukan di kawasan Parlimen saya bagi meringankan beban mereka,” katanya semasa menyantuni dan menyerahkan Bakul Prihatin kepada penerima di sini, pagi tadi. Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan… Read More

Pengerusi PKN Jempol buka Gerobok Makanan, bantu masyarakat setempat

9 Julai 2021, SERTING: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 1 Julai lalu telah menyebabkan sebahagian masyarakat yang bekerja dalam sektor bukan keperluan (essential) terputus sumber pendapatan. Situasi wabak Covid-19 di Negeri Sembilan sebulan yang lalu kritikal apabila beberapa daerah iaitu Jelebu, Jempol, Kuala Pilah dan Port Dickson berlaku peningkatan kes positif mendadak sehingga beberapa lokaliti terpaksa dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Keperihatinan seorang peneroka Felda, Haji Karip Salleh telah mengusahakan dan membuka Gerobok Makanan di kediaman beliau di Felda Serting Hilir, Jempol yang menyediakan barang-barang keperluan asas seperti telur, beras,… Read More

Tabung Rayuan Palestin berjaya kumpul RM700,000

9 Julai 2021, PUTRAJAYA: Tabung Rayuan Palestin yang dilancarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 28 Mei lalu telah berjaya mengumpul sejumlah RM700,000. Menterinya, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin melalui kenyataan rasmi hari ini menyebut sejumlah RM185,000 telah disumbangkan oleh Pertubuhan Penggerak Komuniti Negara (PKN) dan RM515,000 dari seluruh warga KPKT termasuk PR1MA, SWCorp dan SPNB. “Tabung Rayuan Palestin ini dilancarkan adalah sebagai tanda solidariti keprihatinan rakyat Malaysia khususnya warga KPKT terhadap penderitaan, kesengsaraan dan kekejaman yang dihadapi oleh rakyat Palestin pada ketika ini,” kata Zuraida. Menurut Zuraida, keseluruhan jumlah sumbangan… Read More