PKN Negeri Sembilan lancar program Kongsi Rezeki

9 Julai 2021, SEREMBAN: NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Sembilan telah melancarkan ‘Program Kongsi Rezeki’ sebagai inisiatif membantu masyarakat yang memerlukan khusus semasa PKP. Menurut Pengerusinya, Haji Mohd Nazree Yunus program ini merupakan program agihan sumbangan kepada masyarakat melalui kaedah infaq atau derma. Kata beliau lagi, PKN Negeri Sembilan juga menerima sumbangan dalam bentuk barangan daripada rakyat prihatin yang ingin bersama-sama NGO ini dalam membantu masyarakat. “Kaedah Infaq atau Derma telah menjayakan program ini. Suatu kesedaran komuniti yang harus dibina dalam diri masyarakat,” “Kita harus bersama-sama membawa masyarakat menang dalam usaha… Read More

Tangan yang meminta jangan dilupa, Tangan yang memberi jangan diingat.

Sistem sokongan sukarelawan berbentuk bantuan tenaga kerja dan pengurusan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) adalah sesuatu yang amat membanggakan. Tanyakan sahaja pada mereka yang sudah mendapatkan vaksin, pastinya mereka akan memuji segala aspek pengurusan di PPV yang sangat baik dan teratur. Keadaan ini ditambah baik lagi dengan kehadiran pasukan sukarelawan yang datang dari pelbagai latarbelakang umur, kaum dan agama. Semuanya menzahirkan diri untuk membantu negara mencapai misi memberikan vaksin kepada seluruh rakyat Malaysia. YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada dua hari yang lalu telah mengumumkan kenaikan elaun kepada sukarelawan daripada RM50 kepada… Read More

Mobilasi sukarelawan vaksinasi digerakkan di Pulau Pinang

20 Jun 2021: Inisiatif sukarelawan yang membantu gerakan Vaksinasi Kebangsaan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kini dilaksanakan di Pulau Pinang. Minggu lalu, mobilasi sukarelawan ini telah dimulakan di Ampang. Gerakan mobilasi vaksinasi adalah suatu usaha KPKT membantu kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia mencapai sasaran 80 peratus ‘herd immunity’ menjelang Oktober tahun ini. Semalam, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin telah melancarkan Mobilasi Vaksin Komuniti (MOVAK) iaitu inisiatif bersepadu bagi menyelaras gerak kerja Program Pemberian Dos Vaksin melalui unit-unit MOVAK iaitu Unit Panggilan, Unit Mobilasi, Unit Jangkauan Komuniti… Read More

Usahasama strategik PKN Jelebu dan NGO-NGO swasta, gerak program ‘Food Bank’.

14 Jun 2021, JELEBU: Penggerak Komuniti Negara (PKN) Jelebu telah mengadakan usahasama strategik dengan beberapa NGO swasta bagi melaksanakan gerakan tabung makanan (Food Bank) di Negeri Sembilan. Usahasama tersebut telah dimulakan di Parlimen Jelebu yang kini sudah memasuki fasa keempat bermula sejak minggu lepas. NGO-NGO swasta yang terlibat secara langsung adalah PPB Group Berhad, Yayasan Food Bank Malaysia, Food Aid Foundation, Muhibbah Malaysia Food Bank Society dan Pertubuhan Permuafakatan Jelebu. “Ini adalah ‘strategic partnership’ antara PKN Jelebu dengan beberapa pihak swasta dan NGO-NGO untuk program ‘food bank’ di Negeri Sembilan. “Kami telah… Read More