PKN Port Dickson bantu lima beradik yatim piatu Covid-19

11 Jun 2021, PORT DICKSON: Lima adik beradik yatim piatu yang telah kehilangan ibu bapa mereka kerana Wabak Covid-19 telah menerima bantuan kewangan daripada NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN) Port Dickson hari ini. Ketua Wanita PKN Port Dickson, Mimi Roszainah Rose Othman telah menyampaikan bantuan kewangan sumbangan dari Rosman Jonet, Pengerusi PKN Port Dickson. Kisah sedih lima beradik ini bermula setelah keluarga ini didapati positif Covid-19. Ibu dan bapa mereka telah meninggal dunia selepas itu. Allahyarham Rodzi Tahar, 55 telah meninggal dunia pada 31 Mei lepas manakala isteri beliau Allahyarhamah Nazita Idris,… Read More

PeKT Jempol salur bantuan makanan kepada keluarga kuarantin Covid-19

10 Jun 2021, BAHAU: Berikutan peningkatan kes positif baharu Covid-19 di Negeri Sembilan, beberapa lokasi di Daerah Jempol turut dikuarantin melalui pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Daerah Jempol. Pengerusi Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Daerah Jempol, Murly Thangaiyah bersama wakil-wakil masyarakat setempat dan Armada Jempol telah mengedarkan bantuan bekalan makanan asas di Ladang Batang Jelai, Felcra Rompin B dan Felda Raja Alias, Serting Hilir. “Kami mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Sri Dr. Santhara yang merupakan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Segamat atas sumbangan ikhlas beliau.” kata Murly semasa menyampaikan sumbangan makanan… Read More

“Sumbangan sebagai kepedulian kita untuk Palestin-Zuraida

28 Mei 2021, PUTRAJAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin dalam kenyataan rasmi hari ini telah menyeru semua rakyat Malaysia bersama-sama menyumbang kepada Tabung Rayuan Palestin sebagai tanda kepedulian, keprihatinan dan solidariti untuk Palestin. “Hari ini saya bersama beberapa jabatan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Pertubuhan Penggerak Komuniti Negara Malaysia dan COMWEL berasa terpanggil untuk melakukan sesuatu bagi menunjukkan solidariti kita semua bersama rakyat Palestin.” kata beliau. Datuk Hajah Zuraida turut percaya seluruh rakyat Malaysia berkongsi perasaan dan jiwa yang sama dalam isu Palestin. Menurut beliau… Read More

Sumbangan RM1 juta solidariti kepada Palestin – Zuraida

20 Mei 2021, PUTRAJAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin telah menyampaikan sumbangan RM1 juta kepada Palestin. Sumbangan ini adalah tanda solidariti rakyat Malaysia kepada masyarakat Palestin. “Sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia, saya mewakili Penggerak Komuniti Negara (PKN) dan Majlis Pimpinan Politik Wanita Malaysia (COMWEL) menyumbang RM1 juta (USD 250,000) khususnya kepada wanita dan kanak-kanak di Palestin,” kata Zuraida semasa sesi IG Live ‘Women of The World With Palestine’ malam tadi. Menurut Zuraida lagi yang juga Penaung PKN, sumbangan ini adalah inisiatif NGO tersebut. Zuraida dalam ucaptama program… Read More