PeKT laksana kebajikan tanpa sempadan.

Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) terus menerus menjadi ‘institusi penghubung komuniti’ seluruh negara sejak ia diwujudkan tahun lepas. PeKT Kuala Selangor antara yang giat melaksanakan tanggungjawab menjadi penghubung antara komuniti akar umbi dengan agensi-agensi kerajaan melalui program kebajikan tanpa sempadan. Pengerusi Penggerak Komuniti Tempatan Majlis Daerah Kuala Selangor, Shoba Selvarajoo telah membantu lima keluarga yang hilang dan terjejas pendapaatan akibat Covid-19. Kesan tersebut menyebabkan lima keluarga tersebut tidak mampu membiayai bayaran bil elektrik dan bil air. Atas inisiatif yang dijalankan, Shoba telah membantu membiayai pembayaran bil eletrik dan air buat keluarga-keluarga terlibat. Ini… Read More

PeKT Jempol salur bantuan makanan kepada keluarga kuarantin Covid-19

10 Jun 2021, BAHAU: Berikutan peningkatan kes positif baharu Covid-19 di Negeri Sembilan, beberapa lokasi di Daerah Jempol turut dikuarantin melalui pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Daerah Jempol. Pengerusi Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Daerah Jempol, Murly Thangaiyah bersama wakil-wakil masyarakat setempat dan Armada Jempol telah mengedarkan bantuan bekalan makanan asas di Ladang Batang Jelai, Felcra Rompin B dan Felda Raja Alias, Serting Hilir. “Kami mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Sri Dr. Santhara yang merupakan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Segamat atas sumbangan ikhlas beliau.” kata Murly semasa menyampaikan sumbangan makanan… Read More

Bomba Petaling Jaya laksanakan operasi sanitasi di kediaman positif Covid 19

PETALING JAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dengan usahasama Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Petaling Jaya telah melaksanakan operasi sanitasi di kediaman-kediaman yang berlaku kes positif Covid 19 di PPR Lembah Subang di sini. Beberapa kediaman di Blok A dan Blok B PPR Lembah Subang 1 telah dinyahkuman melalui operasi yang dijalankan oleh pasukan anggota bomba dari Balai Petaling Jaya. Dua keluarga dari Blok A dan Blok B telah dilaporkan positif pada 2 Mei 2021. Atas tindakan segera dan inisiatif PeKT Petaling Jaya, Nor Hasliza Omar dengan Pengarah JBPM Selangor, operasi… Read More

PeKT Kuala Selangor santuni masyarakat Islam sempena Ramadhan

KUALA SELANGOR: Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Kuala Selangor meneruskan khidmat komuniti melalui beberapa program yang dijalankan sempena bulan Ramadhan ini pada 21 dan 22 April minggu ini. Penyelaras PKN Dun Bukit Melawati merangkap PeKT Majlis Daerah Kuala Selangor, Shoba Selvarajoo telah menyampaikan sumbangan buah kurma rakyat Dun Bukit Melawati Parlimen Kuala Selangor. Sebanyak 500 pek buah kurma telah diedarkan. Edaran juadah sahur turut disumbangkan kepada petugas-petugas barisan hadapan tempatan iaitu Balai Bomba dan Balai Polis Kuala Selangor. _PPI