PeKT Kuala Selangor anjur gotong royong perkuburan Islam Telok Piah

11 April 2021, KUALA SELANGOR: Sempena ketibaan bulan Ramadhan, Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Kuala Selangor telah menganjurkan program gotong royong tanah perkuburan Islam Telok Piah di sini. Ini adalah usahasama dengan jawatankuasa qariah Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor. Menurut Pengerusi PeKT Majlis Daerah Kuala Selangor, Shoba Selvarajoo usahasama dengan jawatankuasa qariah Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor ini bertujuan mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara PeKT dengan jemaah masjid menjelang bulan Ramadhan. _PPI

PeKT Kuala Selangor jalin hubungan baik dengan PDRM

26 Mac, KUALA SELANGOR: Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) menjalinkan hubungan baik dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kuala Selangor melalui lawatan ke Ibupejabat Polis Daerah Kuala Selangor. Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Parlimen Kuala Selangor Dun Bukit Melawati, Shoba Selvarajoo menyampaikan kek dan barangan makanan kepada Ketua Polis Daerah Kuala Selangor (OCPD). Pegawai khas kepada OCPD Kuala Selangor, Puan Zarita telah menerima sumbangan bagi pihak OCPD. Sumbangan ini adalah sempena sambutan Hari Polis yang ke 214. Ini adalah antara peranan penting PeKT menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan agensi keselamatan negara.

Penggerak Port Dickson bantu murid yatim dan miskin SK Pasir Panjang

9 Mac, PORT DICKSON: Penggerak Komuniti Negara (PKN) Port Dickson hari ini meneruskan program prihatin masyarakat di Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, Port Dickson. 400 Pelitup Muka Guna Semula (reusable face masks) telah disumbangkan kepada pelajar dan guru SK Pasir Panjang diketuai oleh Rosman Jonet, Pengerusi Penggerak Port Dickson bersama Azniza Abdul Wahab, PeKT MPPD. Sumbangan telah diserahkan kepada GPK, HEP sekolah tersebut, Anuar Kamarudin dan turut dihadiri GPK, KOKU SK Pasir Panjang, Salina Hamdan. Rosman juga turut menyumbang wang saku kepada 10 murid yatim dan miskin di SK Pasir Panjang. Sumbangan dan… Read More

PeKT Jempol & Majlis Perbandaran Jempol Kukuhkan Kerjasama dan Komunikasi

21 Disember, BANDAR SERI JEMPOL: Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Jempol melakar hubungan baru dengan Majlis Perbandaran Jempol melalui kunjungan hormat bertemu Yang DiPertua Majlis Perbandaran Jempol, YM Raja Norazli bin Raja Nordin. Kunjungan hormat tersebut turut disertai oleh Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Negeri Sembilan, Rosman Jonet di Ibupejabat Majlis Perbandaran Jempol, Bandar Seri Jempol. Ahli PeKT Jempol turut hadir ialah Karip Mohd Salleh dan Murly Thangaiyah. Pertemuan ini adalah makluman penubuhan PeKT di bawah seliaan Bahagian Kesejahteraan Bandar dilihat sebagai salah satu medium bagi KPKT membawa isu-isu perbandaran termasuk perumahan, alam… Read More