Sejarah akhbar Malaysia: Warta Kinta akhbar tempatan Bandar Ipoh

WARTA KINTA (1937-1941) Kegagalan Warta Perak mendorong seorang hartawan tempatan yang merupakan pemilik syarikat perlombongan, The Malay Mining Syndicate Ltd. Raja Abdullah Raja Syed Salim untuk menerbitkan Warta Kinta pada 24 Disember 1937. Beliau merasakan bahawa perlunya sebuah penerbitan yang dapat mengetengahkan hal ehwal di negeri Perak dan akhbar ganti harus segera diterbitkan setelah penerbitan Warta Perak terhenti. Warta Kinta menggunakan cogan kata “Surat Khabar yang Berhaluan Kebangsaan, Perniagaan, Pengetahuan dan Bacaan Umum” dan “Ilustrated Malay Weekly”. Akhbar ini mendapat dukungan yang lebih mantap daripada barisan sidang pengarang dan juga pengurusan. Antara… Read More

300 ahli PKR keluar parti, sertai Gerakan

IPOH – Seramai 300 individu mendakwa bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ipoh Barat menyertai Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) pada Rabu. Seorang bekas ahli PKR Cabang Ipoh Barat, Alfaizal Shahul Hamid, 44, yang mewakili kumpulan itu berkata, keputusan yang dibuat bersama rakan-rakan lain menyertai Gerakan itu disebabkan mereka hilang kepercayaan kepada PKR. Menurutnya, selepas empat tahun sebagai ahli PKR, dia memilih untuk keluar parti sejak setahun yang lalu kerana parti itu dilihat hanya memperjuangkan kepentingan diri sendiri berbanding rakyat. “Pada pandangan saya, Gerakan lebih menumpukan usaha terhadap ekonomi serta kesejahteraan… Read More

Syor kaedah efektif urus sisa pepejal di Pulau Pangkor-Menteri KPKT

7 Februari, PANGKOR: Suatu kaedah yang lebih efektif bagi menguruskan sisa pepejal dan sampah di Pulau Pangkor diperlukan pada masa depan. “Kita mengesyorkan Alam Flora untuk memikirkan suatu kaedah pengurusan sisa buangan dan sampah yang lebih menjimatkan wang secara efektif di Pulau Pangkor tanpa perlu mengeluarkan kos tidak efektif menghantar keluar sisa buangan dan sampah ke tanah besar di Perak.” kata YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin semasa tinjauan tapak Insinerator Pulau Pangkor, Perak hari ini. “Ia bukan sekadar melibatkan pengurusan sampah domestik tetapi sampah dan sisa buangan daripada sektor pembinaan yang berlangsung… Read More

Setiausaha PKR Kampar Keluar Parti

IPOH – Melihat PKR sudah hilang hala tuju dan tidak lagi bertaring, Setiausaha Cabang PKR Kampar, Sharul Baha Abd. Rahman mengumumkan keluar parti dan menarik sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) berkuat kuasa hari ini. Menurutnya, keputusan tersebut diambil kerana mahu memberi tumpuan penuh kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkannya sebelum ini seterusnya menjadi seorang yang bebas daripada politik. “Saya umumkan secara rasmi keputusan untuk keluar PKR setelah merasakan parti itu telah gagal memberi manfaat yang sewajarnya kepada rakyat pada waktu ini. “Saya akan terus berbakti kepada rakyat melalui NGO yang… Read More