Program gunting rambut percuma erat hubungan komuniti

17 Januari, GOPENG: Pagi ini Penggerak Komuniti Negara (PKN) Gopeng telah mengadakan Program Gunting Rambut Percuma “Back to school” di Jalan Besar Gopeng dalam Dun Teja. Program dimulakan dengan dirasmikan oleh Timbalan Polis Balai Gopeng, Sarjan Mejar Ravi. Seramai 60 orang peserta terdiri anak-anak tempatan termasuk sebahagiannya di kalangan anak-anak masyarakat Orang Asli. Program dijalankan dengan lancar mengikut SOP Majlis Keselamatan Negara. Program ini secara langsung mengukuhkan hubungan antara NGO Penggerak, agensi kerajaan (PDRM) dengan masyarakat setempat selain sebagai khidmat komuniti tempatan. _PPI

Penggerak Gopeng gotong royong bersih rumah warga emas

10 Januari, GOPENG: Penggerak Komuniti Negara (PKN) Gopeng meneruskan momentum gerak kerja kemasyarakatan di Dun Teja melalui kerja gotong royong membersihkan halaman rumah kampung seorang warga emas di Kampung Pulai, Gopeng. Warga emas tersebut, Makcik Yah 63 tahun yang hidup bersendirian terpaksa menumpang di sebuah rumah usang sudah lebih 10 tahun lalu. Keadaan begitu menyedihkan dengan tempat tidur beliau hanya berlandaskan cadar tilam nipis dan berbantalkan kusyen lusuh. Hampir setiap bahagian dalam rumah akan basah jika hari hujan akibat bumbung yang bocor dan Makcik Yah terpaksa berganjak beberapa kali bagi mengelak dibasahi… Read More

Komuniti: Penggerak Gopeng edar pelitup muka

8 Januari, GOPENG: Penggerak Komuniti Negara (PKN) Gopeng telah mengedarkan pelitup muka di Pasar Awam Lawan Kuda pagi ini. Program edaran ini diketuai oleh Pengerusinya, Azwan Ramli bermula jam 8:30 pagi disertai oleh jawatankuasa Penggerak Gopeng. Sejumlah 600 pelitup muka telah diedar kepada penduduk-penduduk awam. Selepas program, Azwan turut beramah mesra dan menyantuni warga emas yang hadir di pasar awam dengan jamuan ringan taufu fa. Pasar Awam Lawan Kuda ini terletak dalam DUN Teja di Parlimen Gopeng. Majoriti penduduk sekitar Lawan Kuda adalah masyarakat Cina.

MBI lantik MUMSB uruskan perkhidmatan sisa pepejal

IPOH, 3 Jan — Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah melantik Syarikat Majuperak Utilities Management Sdn. Bhd. (MUMSB), bagi melaksanakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dalam bandar raya Ipoh, bermula 1 Jan. Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata, buat permulaan perkhidmatan berkenaan akan tertumpu di zon Meru yang melibatkan 10,649 premis dan zon Manjoi membabitkan 5,696 premis. “Untuk 1 Jan ini, kita akan mulakan dulu perkhidmatan ini di zon Meru dan pada 1 April nanti, syarikat itu akan mula beroperasi di zon Manjoi. Saya berharap perkhidmatan yang dijalankan di zon Meru dan zon… Read More