Keadaan PM stabil, masih terima rawatan hospital

4 Julai 2021, PUTRAJAYA: Keadaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan stabil dan bertambah baik tetapi masih menerima rawatan di hospital. Menurut kenyataan rasmi Pejabat Menteri, selepas menjalani pemeriksaan kesihatan yang rapi, tiada bukti menunjukkan masalah tumor lama yang berulang. Atas nasihat pasukan doktor, beliau kini berada di hospital untuk terus mendapatkan rawatan antibiotik intravena. Keadaan beliau stabil dan bertambah baik serta dibenarkan bertugas semasa dalam rawatan. Beliau dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi. Perdana Menteri juga melahirkan rasa kesyukuran dan berterima kasih kepada orang ramai yang… Read More