PM: Lima keutamaan strategi bersepadu pemulihan negara pasca-COVID-19

KUALA LUMPUR, 31 Dis — Kerajaan menggariskan lima keutamaan pada 2021 dalam satu strategi bersepadu pemulihan negara pasca-COVID-19 bagi memulihkan situasi di Malaysia sebaik dan secepat mungkin, kata Perdana Menteri hari ini. Memperincikan perkara tersebut, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keutamaan pertama adalah mempertingkatkan tahap kesihatan awam melalui perolehan bekalan vaksin COVID-19 dan melancarkan program vaksinasi di seluruh negara. “Kedua, memperkukuh ekonomi prihatin rakyat serta memacu pertumbuhan ekonomi negara pasca-COVID-19 melalui pelaksanaan Belanjawan 2021 dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). “Ketiga memastikan kestabilan politik dan kerajaan termasuk tadbir urus yang baik sebagai asas… Read More

#InfoUmum | Senarai Perdana Menteri Malaysia

Sejak Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, negara ini telah mempunyai lapan orang Perdana Menteri. Berikut adalah senarai Perdana Menteri negara ini sejak 1957; 1. Tunku Abdul Rahman (1957-1970) 2. Tun Abdul Razak Hussein (1970-1976) 3. Tun Hussein Onn (1976-1981) 4. Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003) 5. Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009) 6. Dato Seri Najib Razak (2009-2018) 7. Tun Dr Mahathir Mohamad (2018-2020) 8. Tan Sri Muhyiddin Yassin (2020-kini)