Parlimen Australia lulus usahasama penerbitan filem antara dua kerajaan Malaysia-Australia

9 Julai 2021, PUTRAJAYA: Perjanjian Usaha Sama Penerbitan Filem (Co-Production) antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Australia telah berkuatkuasa bermula bulan Julai 2021, menurut petikan kenyataan rasmi Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia YB Dato’ Saifuddin Abdullah hari ini. Menurut Saifuddin, perjanjian usaha sama ini merupakan antara inisiatif di bawah strategi pembangunan industri perfileman tempatan ke persada antarabangsa yang diterajui oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) iaitu agensi di bawah KKMM. Ia merupakan antara inisiatif berimpak tinggi yang berupaya memajukan sektor industri kreatif tempatan serta membuka lebih banyak peluang dan ruang untuk penggiat… Read More

Pelobi #boikotFFM31 tak faham, kata pengerusi Finas

Pelbagai inisiatif dilaksanakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sejak Mei 2020 untuk membantu industri. Antaranya kata Pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid, menyokong persatuan-persatuan menganjurkan program bantuan makanan untuk mereka yang memerlukan. Kenyataan itu dikeluarkan Zakaria sebagai reaksi kepada gerakan beberapa pihak yang membantah penganjuran Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) melalui kempen #boikotffm31 yang dimulakan awal bulan ini. Terbaru, menurutnya, pada minggu depan Finas akan memulakan inisiatif mengedarkan bakul makanan kepada ahli persatuan-persatuan penggiat seni yang terjejas akibat pandemik Covid-19. “Kami ambil maklum tentang kelompok kecil yang menjalankan kempen #boikotffm31 di media… Read More