Pemilihan Umno sebelum pilihan raya boleh cetus keretakan parti, kata Najib

KUALA LUMPUR, 31 Mac ― Pemilihan Umno sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) boleh membawa keretakan dan memecah-belahkan parti selain membolehkan calon yang kalah ‘dicuri’ oleh parti lain, kata Ketua Bahagian Umno Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak. Bekas presiden parti itu berkata banyak pihak sedang menunggu untuk melemahkan Umno dengan cara sedemikian. “… dia (parti lain) akan tunggu pemilihan dalam Umno, jadi serpihan daripada mereka yang kalah itu akan dipelawa atau dipujuk atau ditawar untuk masuk parti mereka,” katanya kepada pemberita selepas ucaptama bagi majlis penutup Forum Demokrasi Malaysia: Merangka Masa… Read More

Zahid dan Kluster Mahkamah seperti melepaskan anjing tersepit!

Sindir menyindir dan nada bahasa siku menyiku Zahid Hamidi dan Kluster Mahkamah semasa Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 ke atas MP-MP Umno yang berada dalam kabinet kerajaan sudah persis seperti Anwar Ibrahim menyinggung Azmin dan kumpulannya dengan istilah ‘si kitol’ semasa Kongres Nasional PKR 2019. Apakah Zahid mendapat ‘ilham nasihat’ daripada Anwar untuk sesi siku menyiku dalam PAU lepas? Jika diandaikan, ia semacam ‘bahasa menghalau keluar’ MP-MP Umno yang berada dalam kabinet daripada parti itu. Ia tersirat walaupun secara tersurat Umno mahu semua MP dalam kerajaan meletakkan jawatan. Memang tak sedar diri… Read More

Kluster Mahkamah Umno mencipta ketidakstabilan politik semasa Malaysia

Heboh, kecoh dan bergegar PWTC dengan suara-suara perwakilan dan beberapa pemuka Umno menggasak Bersatu dan Perikatan Nasional sepanjang dua hari persidangan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020. Itulah topik besar PAU kali ini. Ahmad Maslan, setiausaha agung Umno yang lantang mengatakan Perikatan Nasional adalah kerajaan paling tidak stabil di dunia. Namun apakah dia sedar dengan naratif yang dilebongkan kepada media? Ahmad Maslan dan beberapa pemuka Umno Kluster Mahkamah yang menyebabkan berlaku ketidakstabilan politik Malaysia. Sebagaimana diketahui umum, Nazri Aziz, Ahmad Jazlan dan Tengku Razaleigh paling awal mengumumkan tidak menyokong Muhyiddin Yassin dan Perikatan… Read More