Keperihatinan berterusan bantu masyarakat

Kesibukan dengan tugasan di peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak membataskan tanggungjawab Hajah Zuraida Kamaruddin melaksanakan khidmat masyarakat di Parlimen Ampang. Atas dasar keperihatinan, Pejabat Parlimen Ampang telah menjalankan program Ampang Prihatin dari YB Hajah Zuraida Kamaruddin, kepada penerima terdiri dari : • Sumbangan Bantuan Khas Pelajar (8 Penerima)•Sumbangan Bantuan Khas Asnaf (9 Penerima)• Sumbangan Rawatan (5 Penerima)• Sumbangan Pembelian Peralatan Pesakit (7 Penerima) Program ini berlangsung di Pejabat Khidmat Parlimen Ampang pada 21 Oktober 2020. Sumbangan ini cukup bermakna buat penerima-penerima terlibat, keperihatinan Hajah Zuraida memberi suatu kelegaan dan kelapangan… Read More

Tak kejar jawatan, dahulukan kepentingan rakyat dan negara – Azmin Ali

KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Tanggungjawab meletakkan kepentingan rakyat dan negara sebagai agenda utama adalah lebih penting daripada mengejar jawatan, kata Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Beliau yang juga Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata tanggungjawab tersebut termasuklah mewujudkan kestabilan politik dan kerajaan, sekali gus membantu mengukuhkan ekonomi negara dan sistem perkhidmatan kepada rakyat. https://www.bernama.com/bm/politik/news.php?id=1872977

Rencana |Azmin-Zuraida terus bergerak ke depan, PKR kekal mengejar bayangan

Setelah lima bulan Perikatan Nasional berkerajaan dan kini memasuki bulan keenam (Ogos), rakyat Malaysia sudah melihat progres yang dilaksanakan oleh Perikatan Nasional khusus menanggani wabak Covid-19. Ia bukan omongan politik tetapi kenyataan yang diakui oleh WHO dan banyak negara dunia akan keupayaan Malaysia menguruskan jangkitan wabak ini. Walaupun belum menang melawan Covid-19, Malaysia telah mencapai tahap sembuh 97 peratus. Sesuatu yang sukar dinafikan oleh blok pembangkang (PH) dan sehingga kini pihak ini memainkan isu-isu yang tidak relevan dan tiada impak panjang kepada rakyat. Ketegasan Muhyiddin Yassin sebagai PM untuk tidak terlibat atau… Read More

Merungkai Yang Tersimpul

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36). Kesulitan dan kepayahan urusan yang dihadapi oleh sekumpulan peniaga… Read More