Perikatan Nasional bakal perkukuh kedudukan capai majoriti selesa?

Spekulasi yang bertiup kencang sejak 2-3 hari lepas. Semalam dua MP PKR umum keluar parti dan menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional. MP Julau, YB Larry Sng antara individu yang paling kontroversi telah meletakkan jawatan Pengerusi PKR Sarawak manakala MP Tebrau, YB Steven Choong turut keluar parti. Ada khabar angin menyebut akan ada beberapa lagi MP PKR yang akan melakukan tindakan sama dalam masa terdekat. Namun jumlah yang bakal menyeberang itu masih dirahsiakan. Ia bukan sahaja melibatkan MP PKR tetapi juga daripada parti-parti komponen PH iaitu PAN dan DAP. Ini situasi yang menarik…. Read More

Setahun penubuhan Perikatan Nasional, diasak mendepani cabaran semasa.

Genap setahun apabila Pakatan Harapan tumbang pada 23 Februari 2020 sebagai parti pemerintah kerajaan Persekutuan. Suatu peristiwa politik penting dalam sejarah Malaysia, buat kali pertama pemerintahan bertukar tangan melalui gerakan politik radikal. Politik Malaysia telah mencatat sejarah luarbiasa apabila Barisan Nasional yang berkuasa sejak tahun 1972 (sebelum itu Perikatan sejak 1957) ditewaskan pada 9 Mei 2018 melalui Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Perspektif pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan (PH) akan kekal beranggapan bahawa Langkah Sheraton pada 23 Februari tahun lepas adalah ‘pengkhianatan mandat rakyat’. Beberapa ahli parlimen PH yang sedang selesa menikmati… Read More

Gerakan sertai Perikatan Nasional

SHAH ALAM – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) secara rasmi menganggotai Perikatan Nasional (PN). Perkara itu disahkan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai pada Khamis. “Gerakan secara rasmi menerima surat keanggotaan PN daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini,” katanya.

PKN Pandan edar sumbangan, raikan masyarakat Cina menjelang CNY

6 Februari, PANDAN: Sambutan perayaan Tahun Baru Cina tahun ini bakal disambut secara tertutup berikutan PKP disambung bermula 5 hingga 14 Februari 2021. Penggerak Komuniti Negara (PKN) Pandan hari ini telah menyampaikan sumbangan limau mandarin dan bungkusan cenderahati CNY secara serahan ‘drive-thru’ di Pasar Pagi Pandan Indah, DUN Teratai. “Walau dalam serba kesukaran akibat PKP Covid19, matlamat kami ialah mahu melihat semua warga Pandan tetap gembira meraikan CNY kali ini, kata Pengerusi PKN Pandan, Zakaria Abdul Rahim. “Program dijalankan dalam suasana kawalan SOP yang ketat dibawah pengawasan PDRM. Terima kasih kepada IPD… Read More