Tiada Akuan Bersumpah, Muhyiddin Kekal PM

8 JULAI: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih lagi mempunyai sokongan dan kepercayaan daripada majoriti ahli-ahli Parlimen selagi perkara itu masih tiada bukti yang kukuh. Justeru, Pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata UMNO perlu mendapatkan akuan bersumpah (SD) dari setiap ahli Parlimen bahawa mereka telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri. “UMNO yang mengumumkan menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin dan mendesak beliau berundur, perlu mendapatkan SD dari setiap ahli Parlimen bahawa mereka telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri. “Akuan bersumpah tersebut perlu sampai kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu… Read More

Ahli Parlimen PNBBC tidak letak jawatan, kekal sokong Muhyiddin

Datuk Seri Shahidan Kassim tidak faham kenapa Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh melanggar peraturan parti dengan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ahli-ahli Parlimen Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC) tidak akan meletak jawatan dalam kerajaan dan kekal setia menyokong pentadbiran Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata Pengerusinya, Datuk Seri Shahidan Kassim. Pengerusi PNBBC itu menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) semalam sebagai mengelirukan dan tidak masuk akal apabila menggesa PM berundur tetapi pada masa sama mahu Menteri… Read More

Ismail Sabri dilantik TPM, Hishamudin Hussein ketuai Kluster Keselamatan.

7 Julai 2021, PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini telah melantik Dato Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein pula telah dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negara dan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai oleh Ismail. Menurut kenyataan rasmi Pejabat Perdana Menteri, Ismail Sabri kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan. Pelantikan ini akan dapat membantu Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi ketika ini. Perdana Menteri bersetuju supaya Hishammuddin membantu… Read More

Steven tidak menyesal tinggalkan PKR, sokong PM, PN

JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon tidak menyesal meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada Februari lalu. Beliau berpendapat, keputusan yang diambilnya itu bukannya pengkhianatan tetapi menjurus untuk berkhidmat dengan lebih baik sebagai wakil rakyat kerajaan. “Fokus saya ketika ini adalah untuk melakukan yang terbaik membantu penduduk di Parlimen Tebrau. Saya telah buat keputusan (menyokong Perdana Menteri), saya tidak pernah menyesal. “Ini kerana saya boleh melakukan lebih banyak lagi kerja dan itu yang akan saya teruskan. “Hal berkaitan… Read More