Lagi kluster baharu Covid-19 dikesan

Perkembangan semasa Covid-19 Malaysia hari ini juga turut melaporkan beberapa kluster baharu dikesan sebagaimana diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kluster baharu yang dikesan seperti infografik di bawah;

Perkembangan Semasa Covid-19: Catatan angka sembuh tertinggi hari ini

Perkembangan semasa Covid-19 Malaysia pada 23 Januari 2021 (Sabtu) mencatat angka kes sembuh harian tertinggi iaitu 4,313 kes. Malah hari ini juga turut mencatat rekod kes positif harian tertinggi sejumlah 4,275 kes. Selangor masih mendahului catatan kes positif harian tertinggi iaitu 1,421 kes, diikuti Kuala Lumpur (548), Sabah (498), Johor (425), Melaka (278) dan Perak (208). Lain-lain negeri mencatat kes positif bawah angka 200 kes.