Perkhidmatan Pengangkutan Percuma lancar mobilasi PPV

Kerajaan kini dalam usaha mempergiatkan mobilasi vaksinasi masyarakat awam bagi meningkatkan kadar pemberian dos vaksin. Parlimen Ampang telah menggerakkan inisiatif mobilasi berkaitan melalui Perkhidmatan Pengangkutan Percuma untuk masyarakat setempat ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Kampung Ampang Indah. Inisiatif Perkhidmatan Pengangkutan Percuma ini telah dimulakan pada awal Jun lalu. Ia adalah suatu langkah baik yang membantu gerakan Vaksinasi Kebangsaan untuk memperluaskan kadar vaksinasi di kalangan rakyat. Secara khusus, usaha yang dilaksanakan ini dapat fokus sasaran dalam Parlimen Ampang. Gerakan Imunisasi COVID-19 kebangsaan sedang rancak di seluruh negara kini telah dilaksanakan secara… Read More