Perikatan Nasional Ampang santuni masyarakat, edar makanan percuma

29 Oktober, Ampang: Perikatan Nasional Ampang menggerakkan kerjasama melalui program sumbangan makanan sempena sambutan Maulidur Rasul. Selepas gabungan politik ini dibentuk dan diluluskan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan, keterlibatan rasmi Perikatan Nasional buat pertama kali adalah semasa PRN Sabah lepas. Hari ini, Perikatan Nasional Ampang dengan kerjasama NGO Penggerak Komuniti Negara Parlimen Ampang telah menyantuni masyarakat awam di Parlimen Ampang melalui edaran makanan percuma. Edaran makanan tersebut pagi ini telah berlangsung di Taman Cahaya, Medan Bukit Indah, Kampung Melayu Ampang, Flat PKNS Tasek Tambahan dan Taman Sri Ampang.

Komuniti |PeKT Ampang hulur sumbangan makanan percuma

29 Oktober, Ampang: Sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini, Penggerak Komuniti Tempatan Parlimen Ampang yang diketuai oleh Yenti Sofia telah menghulurkan sumbangan makanan percuma kepada penduduk-penduduk kawasan sekitar Parlimen Ampang. Program ini juga dibantu oleh jawatankuasa Penggerak Ampang yang bermula seawal jam 10 pagi. Jawatankuasa Penggerak Ampang turut sama terlibat menyediakan pek-pek makanan percuma untuk program ini.

Projek Air Bukit: alternatif sumber air penduduk Bukit Antarabangsa

Krisis gangguan bekalan air yang kerap melanda Lembah Kelang sejak dua minggu telah mencetuskan ilham buat komuniti tempatan Bukit Antarabangsa melaksanakan Projek Air Bukit sebagai alternatif sumber air buat penduduk-penduduk kawasan sekitar. Inisiatif yang digerakkan oleh Pejabat Parlimen Ampang bersama AJK Masjid Bukit Antarabangsa, para penduduk dan sekumpulan sukarelawan Kampung Sering telah bergotong-royong menjayakan projek ini. Projek Air Bukit ini akan membantu penduduk-penduduk kawasan sekitar sekiranya berlaku gangguan bekalan air pada masa akan datang. Ia adalah gerak kerja kemasyarakatan yang menjadi usaha penting mengatasi masalah gangguan bekalan air. #dasarkomunitinegara #perihatinterusbekerja #KPKT #penggerakkomunitinegara

NGO Buat Aduan Polis, Anwar Ganggu Gugat Kestabilan Negara

Demi kestabilan ekonomi dan politik negara, Penggerak Komuniti Negara Parlimen Ampang semalam telah membuat satu laporan polis ke atas Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR, Anwar Ibrahim atas tindakan beliau membuat kenyataan tidak patriotik bahawa kerajaan Perikatan Nasional pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah tumbang dengan dakwaan palsu beliau mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli parlimen. Kenyataan Anwar Ibrahim tersebut telah menyebabkan pasaran saham Bursa Malaysia merundum dan Penggerak Ampang melihat keadaan ini adalah suatu bentuk sabotaj kepada ekonomi negara dan juga perbuatan khianat politik yang mahu menggagalkan langkah pemulihan ekonomi negara ketika… Read More