Yayasan Budi bantu baikpulih prasarana Balai Polis Titi

19 Mac, JELEBU: Yayasan Budi meneruskan program sentuhan masyarakat tempatan Jelebu hari ini di Pekan Titi, Jelebu. NGO yang dinaungi oleh Tan Sri Rais Yatim merangkap Yang Dipertua Dewan Negara menyantuni masyarakat Cina di Pekan Titi melalui program santai minum petang. Tan Sri Rais Yatim turut hadir meluangkan masa bersama masyarakat tempatan petang ini. Kesempatan program hari ini juga, beberapa sumbangan kepada masyarakat tempatan yang memerlukan telah disampaikan oleh Rais bersama beberapa wakil Yayasan Budi. Sumbangan kepada murid-murid cemerlang di Titi turut disampaikan. Antara wakil-wakil masyarakat setempat yang hadir adalah Tang Jayson,… Read More

Penggerak Jelebu Raikan Sambutan Krismas Orang Asal Kampung Sungai Sampo

25 Disember, AIR HITAM: Sambutan Krismas oleh masyarakat Orang Asal Kampung Sungai Sampo di Air Hitam, Jempol diraikan oleh Penggerak Komuniti Negara Parlimen Jelebu. Majlis sambutan dikendalikan bersama oleh masyarakat kampung dengan AJK Penggerak Jelebu, Puan Zarinah Krishnan. Pengerusi Penggerak Jelebu, Tang Jayson dan Ketua Pemuda Negara Parlimen Jelebu, Faizal Fadli Idrus antara tetamu utama yang hadir turut menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada 26 keluarga Orang Asal bagi menyambut Hari Krismas serta jamuan ringan. Sambutan Krismas oleh masyarakat Orang Asal merupakan suatu keunikan komuniti yang diadakan mengikut budaya setempat.

Program Makan Malam Rai Pelantikan Ketua-ketua Kampung & Kukuh Silaturrahim

17 Disember, KUALA KLAWANG: Satu majlis makanan malam dianjurkan oleh sekreteriat ketua-ketua kampung baru di Jelebu malam tadi bagi meraikan pelantikan mereka. Program ini juga suatu usaha mengeratkan hubungan dan memperkukuhkan kerjasama urustadbir oleh ketua-ketua kampung baru yang dilantik. Antara pimpinan yang dijemput hadir adalah Tang Jayson, Pengerusi Penggerak Jelebu merangkap Pengerusi Pembangunan Masyarakat Cina Penggerak Negeri Sembilan. Turut hadir ialah pembantu Tan Sri Rais Yatim (Pengerusi Bersatu Jelebu) bagi masyarakat Cina, Siow Chee dan Kwok Chien Thong. PPI

Masyarakat India diraikan, Penggerak Jelebu serah sumbangan Deepavali

Ketika negara masih melawan wabak Covid-19 dengan pelaksanaan PKPB, sambutan perayaan tetap diraikan secara tertutup. Penggerak Jelebu telah menyerahkan sumbangan Deepavali ikhsan daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin kepada masyarakat India di Air Hitam dan Bahau. Ahli Jawatankuasa Penggerak Jelebu, Puan Zarinah Krishnan telah memanjangkan sumbangan tersebut melalui serahan yang digerakkan petang semalam. Ini bukan kali pertama sumbangan Deepavali daripada YB Hajah Zuraida Kamaruddin, pada tahun lepas juga sumbangan tin makanan Deepavali daripada Menteri KPKT itu turut disampaikan kepada masyarakat India.