Komuniti: PKN Kapar daftar MySejahtera B40 bantu gerakan Vaksinasi Kebangsaan

NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN) Kapar telah menggerakkan Program Vaksinasi Covid-19 sebagai suatu usaha membantu gerakan Vaksinasi Kebangsaan. Program dua hari (19 & 20 Jun 2021) yang dijalankan ini adalah mendaftarkan komuniti B40 ke dalam aplikasi MySejahtera di Taman Seri, Teluk Datuk dan Sungai Sedu, Banting. Hari kedua program di Sungai Sedu, seramai 45 orang telah berjaya didaftarkan dalam aplikasi MySejahtera. Usaha yang digerakkan oleh PKN Kapar diketuai oleh pengerusinya, Vasantha Kumar seiring dengan gerakan mobilasi sukarelawan vaksinasi yang telah dijalankan oleh KPKT di Ampang pada awal bulan ini. _PPI

Ziarah Kasih Program Mingguan PKN Kapar.

Tidak lekang dengan program berbentuk kebajikan, Penggerak Komuniti Negara (PKN) Kapar konsisten mendekati dan menyantuni golongan-golongan yang memerlukan di tiga dun terlibat iaitu Sementa, Meru dan Selat Klang. Dengan mengangkat dasar keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan bantuan seperti wanita, OKU, ibu tunggal, kanak-kanak, warga emas, dan daif serta perkhidmatan sosial di dalam Dasar Komuniti Negara, PKN Kapar menjadikan program Ziarah Kasih sebagai program mingguan mereka. Hujung minggu lepas, Ahli Dewan Negeri Sementa, YB Dr Daroyah Alwi mengetuai Ziarah Kasih ke lima buah kediaman sekitar Dun Sementa. Antaranya adalah pesakit kanser yang berusia… Read More