Komuniti |Penggerak Gua Musang anjur program keselamatan kebakaran

6 November, GUA MUSANG: Penggerak Komuniti Negara Parlimen Gua Musang dengan kerjasama Jabatan Bomba telah menganjurkan program keselamatan kebakaran di PPR Gua Musang, Kelantan. Program ini bertujuan mendidik dan menyampaikan maklumat tentang aspek-aspek keselamatan kebakaran. Beberapa anggota bomba turut membuat demonstrasi memadam kebakaran. Penghuni-penghuni PPR Gua Musang diajar teknik dan panduan menggunakan pemadam api juga telah diberi peluang melakukan langkah memadam api. _PPI

Komuniti | 40 Ribu Anak Benih Keli Bakal Jana Ekonomi Belia Pasir Puteh

Pasir Puteh: NGO Pemuda Negara dan NOW Parlimen Pasir Puteh telah pun menggerakkan inisiatif memperkasakan ekonomi belia setempat melalui projek kolam ikan keli. Selain menjana ekonomi, projek ini turut berperanan mewujudkan peluang pekerjaan. 40 ribu ekor anak benih keli telah dilepaskan ke dalam kolam-kolam ternakan keli. Ketua Pemuda Negara Pasir Puteh, Faris Hashim & Penyelaras NOW Parlimen Pasir Puteh Pn Rosliza Mat Ali turut hadir semasa pelepasan anak benih keli tersebut. _PPI

Komuniti |Bengkel Kemahiran Perkukuh Ekonomi Wanita

Pasir Puteh, Kelantan Wanita menjadi teras penting dalam masyarakat luar bandar khusus bab pengurusan rumahtangga. Namun begitu mereka juga adalah penyumbang utama bagi membantu ekonomi keluarga. NGO PKN Negeri Kelantan bersama PKN Pasir Puteh telah memulakan inisiatif bagi pemerkasaan ekonomi wanita dengan penganjuran bengkel kemahiran. Baru-baru ini PKN Pasir Puteh telah mengadakan kelas kek yang disertai 60 orang peserta. Kelas ini mengajar dan memberi tips kemahiran pembuatan kek. Selain memperkenalkan kemahiran, kelas kek ini berupaya melibatkan penglibatan wanita luar bandar secara serius dalam bidang perniagaan kek. _PPI