PeKT Kuala Selangor hulur sumbangan mangsa ribut

10 Mac, BUKIT MELAWATI: Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Kuala Selangor hari ini telah menghulurkan sumbangan keperluan dapur dan makanan kepada mangsa kejadian ribut di Taman Kamasan, Bukit Melawati. Sumbangan keperluan tersebut telah disampaikan oleh team Penyelaras PKN Bukit Melawati, Shoba Selvarajoo kepada mangsa tiga buah rumah yang rosak akibat ribut. Shooba yang juga PeKT Kuala Selangor turut turun melawat dan melihat kesan kerosakan tiga rumah yang terjejas tersebut. _PPI

PeKT Kuala Selangor beri sumbangan Deepavali

3 November, Kuala Selangor: Menjelang perayaan Deepavali, Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Kuala Selangor telah menggerakkan Program Menyantuni Golongan B40 Sempena Perayaan Deepavali 2020. Program ini telah digerakkan oleh Puan Shoba Selvarajoo bersama Setiausaha Parlimen PKN Kuala Selangor Idham Azmi telah menyampaikan sumbangan Deepavali kepada masyarakat India di Kuala Selangor. PeKT Kuala Selangor dengan kerjasama Penggerak Kuala Selangor giat menjalankan khidmat masyarakat seiring dengan Dasar Komuniti Negara. Usaha ini akan lebih mendekatkan masyarakat dengan agensi-agensi kerajaan.

Komuniti |Pasangan warga emas terima bantuan Deepavali

Sepasang warga emas di Kampung Kuantan, Kuala Selangor bakal meraikan Hari Deepavali dengan suasana ceria apabila menerima bantuan hiasan kediaman daripada Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Kuala Selangor. Inisiatif yang digerakkan oleh Puan Shoba Selvarajoo ini dengan dibantu oleh Encik Idham, Setiausaha PKN Kuala Selangor, Puan Sofea Nathasha, Pengerusi Kewangan PeKT Majlis Daerah Kuala Selangor, Puan Kalaivany, Setiausaha PeKT MDKS Pengerusi Kuil Kampung Kuantan. Selain bantuan hiasan pasangan warga emas tersebut turut menerima bantuan medik. Inilah peranan PeKT yang membantu khidmat masyarakat seiring dengan Dasar Komuniti Negara.

PeKT Kuala Selangor jalin hubungan dengan PDRM

Peranan memperkasakan komuniti bukan setakat melaksanakan gerak kerja sosial untuk komuniti tetapi ia turut melibatkan pembinaan hubungan baik dengan agensi-agensi kerajaan. Baru-baru ini, ahli Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Kuala Selangor telah membekalkan makanan percuma kepada PDRM Kuala Selangor. Inisiatif ini telah digerakkan oleh Puan Shoba Selvarajoo. Situasi PKPB di Selangor ini, peranan barisan hadapan khususnya anggota PDRM menjadi tunjang penting. Edaran bekalan makanan kepada Balai Pegawai-pegawai Polis, IPD Kuala Selangor, Balai Polis Jeram dan Balai Polis Batang Berjuntai telah digerakkan oleh PeKT Kuala Selangor Encik Hariprasath dan Encik Idham bersama Setiausaha PeKT… Read More