TOLAK RANCANGAN JAHAT, MENJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI NEGARA REPUBLIK

oleh Abdul Wahab Ibrahim Lewat kebelakangan begitu ramai ahli politik yang memberi respon terhadap Proklamasi Darurat COVID19 yang diistiharkan oleh YAB Tan Sri Muhyidin Yasin, Perdana Menteri Malaysia setelah mendapat perkenan Paduka Tuanku DYMM YDPA. Sayugia diingatkan kepada ahli ahli politik bahawa Prinsip Rukun Negara perlu difahami dan dihayati sewaktu membuat saranan saranan yang melibatkan kepentingan Negara dan Rakyat. Di manakah penghayatan mereka terhadap dua prinsip Rukun Negara, “Kesetiaan Kepada Raja dan Negara,” & “ Keluhuran Perlembagaan”? Justeru itu, ahli ahli politik wajar meletakkan keutamaan dan kepentingan Negara sebagai tanggungjawab sebagai warganegara…. Read More

Penggerak Melaka istiqamah bela rakyat, kritikan Anwar bersifat dendam kesumat

Penggerak Dasar Komuniti Negara – Negeri Melaka menzahirkan rasa kekesalan teramat sangat diatas kritikan dilemparkan oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia YB Dato Seri Anwar Ibrahim. Menurut kenyataan Pengerusi Penggerak Melaka, YB Datuk Muhammad Jailani Khamis, kritikan ini tidak melambang kebijaksanaan dan kematangan daripada Anwar yang sekian lama berada di lanskap politik negara. Tambah Jailani lagi, secara jelasnya kritikan ini adalah berasaskan dendam kesumat terhadap seseorang (YB Zuraida Kamaruddin) yang kini tidak lagi memberi dan menyatakan sokongan secara total kepada cita-cita dan hasrat peribadi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri ke 7, ke 8… Read More

Hajah Zuraida Kamaruddin rasmi Pejabat Penggerak Melaka

30 Oktober, Melaka: Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin petang ini telah merasmikan Pejabat Penggerak Komuniti Negara (PKN) dalam satu majlis yang berlangsung di Klebang Besar, Melaka. Majlis perasmian tersebut turut dihadiri oleh YB Dato’ Jailani Khamis selaku Pengerusi Penggerak Negeri Melaka, YB Dato’ Norizam Bakhtee, dan wakil-wakil pimpinan Perikatan Nasional iaitu Pesuruhjaya PAS Melaka dan Timbalan Pengerusi Bersatu Melaka. Penggerak Melaka juga turut menyerahkan 3,500 borang permohonan keahlian Penggerak Komuniti Negara seluruh Melaka kepada Hajah Zuraida.

Berita Ringkas | Menteri KPKT ke Perasmian Pejabat Penggerak Melaka

30 Oktober, Melaka: Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, YB Hajah Zuraida Kamaruddin hadir ke majlis perasmian Pejabat Penggerak Komuniti Negara (PKN) Melaka. Turut hadir YB Dato Jailani Khamis, YB Norizam Bakhtee dan wakil-wakil pimpinan Perikatan Nasional Melaka.