Kembali ke sekolah: Penggerak Port Dickson anjur gunting rambut percuma

28 Februari, LINGGI: Hari ini Pejabat Penggerak Komuniti Negara (PKN) Port Dickson telah menganjurkan Program Gunting Rambut Secara Percuma sempena pembukaan semula sesi sekolah bermula pada 1 Mac dan 8 Mac ini. Program berlangsung di perkarangan Pejabat PKN Port Dickson, Pekan Linggi bermula dari jam 11.00 Pagi sehingga 2.00 Petang. Seramai 30 murid dan pelajar di kawasan Linggi ini tidak melepaskan peluang untuk bergunting rambut secara percuma. Menurut Pengerusi PKN Port Dickson Rosman Jonet, program ini dilaksanakan bagi membantu meringankan beban masyarakat setempat. _PPI

Giliran Port Dickson Terima Limpahan Kesejahteraan KPKT

8 Januari, PORT DICKSON: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin telah melakukan lawatan kerja sehari ke Port Dickson. Beliau bersama deligasi pengurusan kanan KPKT telah turun padang lawatan ke tapak projek PR1MA Residensi Port Dickson, ‘Meet dan Greet’ bersama pembeli Residensi Port Dickson, taklimat oleh MPPD berkaitan hala tuju pembangunan di Port Dickson, mesyuarat bersama Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Negeri Sembilan, penyerahan pelitup muka fabrik di pejabat MPPD dan meninjau lokasi runtuhan cerunan di Taman Desa Rusa. Hajah Zuraida mengumumkan peruntukan kepada Majlis Perbandaran Port Dickson sejumlah RM1.9 juta… Read More

Penggerak NS aktifkan program Rakan Usahawan

27 Disember, REMBAU: Penggerak Negeri Sembilan meneruskan program Rakan Usahawan yang telah dimulakan minggu lalu di Rasah, kali ini di Rembau. Pengerusi Penggerak Negeri Sembilan, Nazree Yunus dan Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Negeri Sembilan, Rosman Jonet telah turun padang, ziarah & bertemu dengan usahawan gigih anak muda yang berjaya membuka sebuah Kedai Makanan dan Minuman 91 WESTERN CAFE di Taman Ixora Kundur, Rembau. Pertemuan tersebut yang berlangsung malam tadi, Nazree dan Rosman berbincang ringkas dengan pengusaha 91 Western Cafe, Mohd Adib Ab Latif mengenai bentuk bantuan dan ikhtiar yang boleh membantu… Read More

PeKT Seremban Lancar Program Usahawan

Baru-baru ini Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Seremban dengan kerjasama Penggerak Negeri Sembilan telah memulakan inisiatif membantu usahawan-usahawan muda yang dinamai Program Rakan Usahawan PeKT & Rakan Usahawan Penggerak Negeri Sembilan. Pengerusi Penggerak Negeri Sembilan, Nazree Yunus telah menyampaikan sumbangan set kerusi dan meja kepada beberapa belia sebagai inisiatif permulaan perniagaan.