Komuniti |JBPM Negeri Sembilan & PKN Negeri Sembilan Meraikan Kerjasama

Selepas berlangsung beberapa pertemuan rasmi antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan dengan pimpinan Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Sembilan sebelum serta kejayaan Program Korban Perdana, keakraban kerjasama dan komunikasi kedua-kedua pihak terus berkesinambungan. Hari ini, Pengarah Bomba Negeri Sembilan Tuan Haji Hamdan Ali bersama pegawai-pegawai kanan JBPM Negeri Sembilan telah turun ke Pekan Air Mawang, Johol untuk meninjau tahap kerosakan akibat kebakaran yang melibatkan lapan unit rumah kedai. Ia turut disertai oleh Ketua Nation Of Women (NOW) Negeri Sembilan, Puan Siti Fatimah Amir. Tuan Haji Hamdan selepas itu bergerak… Read More

Korban Perdana Merapatkan Hubungan Pemimpin, Bomba dan Masyarakat

2 Ogos Juasseh: Semalam telah berlangsung program Korban Perdana di beberapa negeri yang dianjurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang turut melibatkan NGO Penggerak Komuniti Negara beberapa negeri. JBPM Negeri Sembilan turut sama menganjurkan program ibadah ini yang dijalankan di dua lokasi iaitu di Ibupejabat JBPM Negeri Sembilan, Seremban 2 dan Laman Permai, Juasseh di Kuala Pilah. Korban Perdana di Negeri Sembilan sangat istimewa kerana dihadiri oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YBM Hajah Zuraida Kamaruddin selaku menteri yang bertanggungjawab menjaga Bomba Malaysia. Manakala di Juasseh selain kehadiran Hajah Zuraida,… Read More

Komuniti | Kerjasama Jabatan Bomba Negeri Sembilan dengan PKN Negeri Sembilan Anjur Ibadah Korban Perdana

23 Julai, Seremban 2: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan bakal menganjurkan Ibadah Korban Perdana pada 1 Ogos 2020 dengan kerjasama NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Sembilan. Semalam telah berlangsung mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikan oleh Pengarah JBPM Negeri Sembilan, Tuan Haji Hamdan Ali bersama Penyelaras Kepada Menteri KPKT di Negeri Sembilan, Rosman Jonet merangkap Timbalan Pengerusi PKN Negeri Sembilan bagi membincangkan hal-hal penyelarasan dan persiapan program berkaitan. Program Ibadah Korban Perdana ini akan diadakan di Ibupejabat JBPM Negeri Sembilan di Seremban 2. Turut serta dalam mesyuarat penyelarasan ini adalah… Read More