PKN Pandan edar sumbangan, raikan masyarakat Cina menjelang CNY

6 Februari, PANDAN: Sambutan perayaan Tahun Baru Cina tahun ini bakal disambut secara tertutup berikutan PKP disambung bermula 5 hingga 14 Februari 2021. Penggerak Komuniti Negara (PKN) Pandan hari ini telah menyampaikan sumbangan limau mandarin dan bungkusan cenderahati CNY secara serahan ‘drive-thru’ di Pasar Pagi Pandan Indah, DUN Teratai. “Walau dalam serba kesukaran akibat PKP Covid19, matlamat kami ialah mahu melihat semua warga Pandan tetap gembira meraikan CNY kali ini, kata Pengerusi PKN Pandan, Zakaria Abdul Rahim. “Program dijalankan dalam suasana kawalan SOP yang ketat dibawah pengawasan PDRM. Terima kasih kepada IPD… Read More

Perikatan Nasional Pandan serah sumbangan Krismas

20 Disember, PANDAN INDAH: Perikatan Nasional Pandan bersama Penggerak Pandan telah menyerahkan sumbangan sempena Krismas kepada penduduk Pandan Indah di Food Court 988, Pandan Indah. Serahan sumbangan kepada penduduk diketuai oleh Pengerusi Penggerak Pandan, Zakaria Abdul Rahim. Ia turut disertai Setiausaha Bahagian Bersatu dan Ketua Armada Bersatu Pandan. Pemilik foodcourt, Mr Henry PJ Ooi turut sama menyumbangkan beberapa barangan keperluan untuk program ini. #kitaorangpandan

Komuniti |Penggerak Pandan atur usaha selesai isu-isu komuniti Flat Pandan Perdana

7 November, PANDAN: Pagi tadi Penggerak Pandan mengadakan pertemuan santai bersama wakil masyarakat India, Cina dan Melayu di Flat Pandan Perdana, Parlimen Pandan. Kunjungan ramah mesra bersama beberapa ketua keluarga turut berlangsung. Pelbagai isu dibincangkan dan dilontarkan oleh komuniti flat tersebut termasuk mengecat semula bangunan flat yang dalam keadaan sangat teruk dan buruk, tangki air rosak dan berkarat serta kebersihan kawasan sekitar. Selepas Deepavali, penduduk mengaturkan pertemuan antara Pengerusi Penggerak Pandan, Zakaria Abdul Rahim dengan barisan JMB untuk mencari titik penyelesaian isu-isu tertunggak. Flat ini mempunyai sebanyak 800 pintu dengan penduduk lebih… Read More

Komuniti |Penggerak Pandan giat santuni masyarakat

31 Oktober, Pandan Perdana: Walaupun PKPB berlangsung di Selangor, namun gerak kerja kemasyarakatan tetap dijalankan oleh Penggerak Komuniti Negara Parlimen Pandan hari ini. Penggerak Pandan giat menyantuni masyarakat setempat setiap minggu sejak PKPB bermula lagi. Hari ini, dengan diketuai oleh Pengerusi Penggerak Pandan, Zakaria Rahim telah turun padang ke Pandan Perdana dan Kampung Cheras Baru bagi penyampaian sumbangan kecil kepada beberapa ibu tunggal dan menziarahi beberapa individu yang terlantar sakit.