Persatuan komuniti & wakil penduduk Lembah Subang bantu usahama PeKT-JBPM operasi sanitasi awam

PETALING JAYA: Inisiatif dan gerak kerja pro aktif Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Zon 4 Petaling Jaya telah menjayakan beberapa operasi sanitasi kediaman oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Peranan PeKT telah melancarkan usahasama strategik antara agensi kerajaan seperti JBPM membantu komuniti setempat. Sejak beberapa bulan ini, usahasama PeKT-JBPM telah melancarkan gerakan sanitasi awam di beberapa lokasi tumpuan sekitar Petaling Jaya seperti sekolah, flat perumahan rakyat dan taman-taman perumahan yang berlaku kes positif Covid 19. Sekali lagi kerjasama ini berlangsung pada 29 Mei lepas melalui Operasi Sanitasi Awam Covid-19 JBPM Negeri… Read More

Komuniti: Wanita PKN Petaling Jaya edar makanan kepada rumah anak-anak yatim

PETALING JAYA: Bulan Ramadhan menjadi kesempatan terbaik menjalankan ibadah sedekah seperti makanan kepada golongan memerlukan. Wanita PKN Petaling Jaya yang diketuai oleh Puan Nor Hasliza Omar bersama ahli jawatankuasa NGO ini telah menyampaikan sumbangan makanan kepada penghuni rumah anak-anak yatim di Taman Medan, Petaling Jaya. Program yang berlangsung pada 4 Mei lepas merupakan usahasama antara Wanita PKN Petaling Jaya dengan Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Ibu Tunggal Hajah Kamariah di PJS 2C/11 Taman Medan. Seramai 50 orang penerima sumbangan makanan terdiri daripada anak-anak yatim dan ibu tunggal. Menurut Hasliza yang juga Pengerusi… Read More

Bomba dan PeKT Petaling Jaya laksana operasi sanitasi tiga sekolah

Kerjasama antara Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Petaling Jaya dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya terus berlangsung dengan baik, kali ini melalui operasi sanitasi di tiga buah sekolah rendah. Sebelum itu, kedua-dua pihak telah memulakan kerjasama awal melalui operasi sanitasi di PPR Lembah Subang pada 3-4 Februari lepas. Program sanitasi tiga buah sekolah rendah di Petaling Jaya itu dijalankan secara serentak pada 26 Februari 2021. Ia merupakan inisiatif yang diusahakan oleh Penggerak Komuniti Negara (PKN) Petaling Jaya melalui Pengerusinya, Mohd Ridzuan Basir dan Naib Pengerusi, Nor Hasliza Omar. Sekolah rendah yang terlibat… Read More

Kerjasama PeKT Petaling Jaya-Bomba Laksana Operasi Sanitasi Cegah Covid-19 di PPR Lembah Subang

Seiring dengan Dasar Komuniti Negara dan usaha semasa kerajaan menanggani wabak Covid-19, Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Petaling Jaya telah menjalinkan usahasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya melaksanakan operasi sanitasi di PPR Lembah Subang. Operasi sanitasi yang dijalankan pada 3-4 Februari lepas bertujuan membantu usaha kerajaan memutuskan rantaian wabak Covid-19 di PPR Lembah Subang. Usahama ini dipelopori oleh Ketua Wanita Penggerak Komuniti Negara (PKN) Petaling Jaya yang juga PeKT Petaling Jaya, Nor Hasliza Omar. Operasi sanitasi dua hari tersebut turut disertai oleh Pengerusi PKN Petaling Jaya, Ridzuan Basri dan wakil-wakil Persatuan… Read More