Giliran Port Dickson Terima Limpahan Kesejahteraan KPKT

8 Januari, PORT DICKSON: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin telah melakukan lawatan kerja sehari ke Port Dickson. Beliau bersama deligasi pengurusan kanan KPKT telah turun padang lawatan ke tapak projek PR1MA Residensi Port Dickson, ‘Meet dan Greet’ bersama pembeli Residensi Port Dickson, taklimat oleh MPPD berkaitan hala tuju pembangunan di Port Dickson, mesyuarat bersama Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Negeri Sembilan, penyerahan pelitup muka fabrik di pejabat MPPD dan meninjau lokasi runtuhan cerunan di Taman Desa Rusa. Hajah Zuraida mengumumkan peruntukan kepada Majlis Perbandaran Port Dickson sejumlah RM1.9 juta… Read More

200 Ahli Bukan Bumiputera Penggerak Port Dickson Sertai Bersatu

8 Disember, PORT DICKSON: Gelombang kemasukan Bukan Bumiputera menyertai Bersatu terus mengombak di Negeri Sembilan. Malam tadi bertempat di Restoran Sea View, Port Dickson Pengerusi Penggerak Port Dickson, Rosman Jonet telah menyerahkan 200 borang keahlian ahli-ahli Bukan Bumiputera Penggerak Port Dickson menyertai Bersatu kepada Pengerusi Penggerak Negeri Sembilan, Nazree Yunus untuk diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Bersatu Negeri Sembilan, YB Dato’ Eddin Syazlee Shith pada satu majlis yang akan dimaklumkan kemudian. Penyampaian borang-borang tersebut dibuat semasa Majlis Suai Mesra sempena Jelajah Penggerak Negeri Sembilan ke Port Dickson malam tadi. Turut menyaksikan serahan… Read More

Maybank PD permudah urusan PeKT Parlimen Port Dickson

13 November, PORT DICKSON: Pihak pengurusan Maybank cawangan Port Dickson Waterfront telah mencapai persetujuan bagi urusan pembukaan akaun bank untuk semua anggota Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Port Dickson. Pengurus Maybank cawangan tersebut, Puan Baidura Bachik dan Pegawai Penyelaras Kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi Negeri Sembilan, Rosman Jonet dalam satu pertemuan hari ini telah membincangkan urusan permohonan pembukaan akaun untuk semua Penggerak Komuniti Tempatan Majlis Perbandaran Port Dickson (PeKT) dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Maybank Port Dickson. Pertemuan tersebut juga memberi penerangan dan taklimat kepada pengurusan Maybank mengenai… Read More

Masyarakat India ladang dan B40 terima sumbangan Deepavali

11 November, PEKAN LINGGI: Menjelang perayaan Deepavali hujung minggu ini, Penggerak Port Dickson terus meraikan masyarakat India melalui pemberian sumbangan Deepavali. Kali ini masyarakat India dari ladang dan golongan B40 menerima sumbangan Deepavali daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin. Pemberian sumbangan melalui program Sentuhan Prihatin yang digerakkan oleh Pejabat Penggerak Port Dickson sejak semalam (10 November). Sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi Penggerak Port Dickson, Rosman Jonet. Masyarakat India dari Rumah Rakyat Linggi, Rumah Rakyat Pengkalan Durian, Ladang Tampin Linggi dan Rumah Rakyat Permatang Pasir telah menerima sumbangan tersebut… Read More