Komuniti: PKN Kapar daftar MySejahtera B40 bantu gerakan Vaksinasi Kebangsaan

NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN) Kapar telah menggerakkan Program Vaksinasi Covid-19 sebagai suatu usaha membantu gerakan Vaksinasi Kebangsaan. Program dua hari (19 & 20 Jun 2021) yang dijalankan ini adalah mendaftarkan komuniti B40 ke dalam aplikasi MySejahtera di Taman Seri, Teluk Datuk dan Sungai Sedu, Banting. Hari kedua program di Sungai Sedu, seramai 45 orang telah berjaya didaftarkan dalam aplikasi MySejahtera. Usaha yang digerakkan oleh PKN Kapar diketuai oleh pengerusinya, Vasantha Kumar seiring dengan gerakan mobilasi sukarelawan vaksinasi yang telah dijalankan oleh KPKT di Ampang pada awal bulan ini. _PPI

PeKT Kuala Selangor santuni masyarakat Islam sempena Ramadhan

KUALA SELANGOR: Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Kuala Selangor meneruskan khidmat komuniti melalui beberapa program yang dijalankan sempena bulan Ramadhan ini pada 21 dan 22 April minggu ini. Penyelaras PKN Dun Bukit Melawati merangkap PeKT Majlis Daerah Kuala Selangor, Shoba Selvarajoo telah menyampaikan sumbangan buah kurma rakyat Dun Bukit Melawati Parlimen Kuala Selangor. Sebanyak 500 pek buah kurma telah diedarkan. Edaran juadah sahur turut disumbangkan kepada petugas-petugas barisan hadapan tempatan iaitu Balai Bomba dan Balai Polis Kuala Selangor. _PPI

PKN Hulu Langat bentuk pasukan bola sepak, aktifkan penglibatan sukan komuniti.

17 Mac, SHAH ALAM: Perlawanan bola sepak persahabatan antara Team PKN Hulu Selangor dengan Team Polis Hulu Langat telah berlangsung di Stadium Panasonic, Shah Alam malam tadi. Sebelum memulakan perlawanan, majlis perasmian pasukan bola sepak dan jersi rasmi PKN Hulu Langat telah dilangsungkan yang dihadiri Pengerusi PKN Selangor Tuan Haji Fauzi, Setiausaha PKN Selangor, Shazlee Nazlee dan Bendahari PKN Selangor Tuan Ismail Kamal. Perlawanan persahabatan sulung antara Team PKN Hulu Langat dan Team Polis Hulu Langat dimulakan dengan penyerahan jersi pasukan kepada setiap pemain. Pembentukan pasukan bola sepak ini adalah suatu langkah… Read More

Perikatan Nasional Pandan serah sumbangan Krismas

20 Disember, PANDAN INDAH: Perikatan Nasional Pandan bersama Penggerak Pandan telah menyerahkan sumbangan sempena Krismas kepada penduduk Pandan Indah di Food Court 988, Pandan Indah. Serahan sumbangan kepada penduduk diketuai oleh Pengerusi Penggerak Pandan, Zakaria Abdul Rahim. Ia turut disertai Setiausaha Bahagian Bersatu dan Ketua Armada Bersatu Pandan. Pemilik foodcourt, Mr Henry PJ Ooi turut sama menyumbangkan beberapa barangan keperluan untuk program ini. #kitaorangpandan